Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata kesemua pegawai Bank Negara memberi kerjasama penuh kepada pihak polis, bagaimanapun Zeti enggan mendedahkan identiti mereka dan bila mereka di soal siasat.
"Ya, mereka ada (soal siasat), 7 pegawai kami.' Katanya kepada pemberita pada pengumuman prestasi ekonomi suku kedua 2015 di ibu negara/
Keitka ditanya sama ada beliau sudah disoal siasat, Zeti berkata " Saya belum (disoal) lagi sebab saya baru pulang dari Amerika."
Zeti berkata bank pusat akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menyiasat jika diperlukan.
Zeti pada masa sama berkata bank pusat sudah menyiapkan laporan siasatan terhadap 1MDB dan sudah menyerahkan kepada peguam negara.
"Bank Negara sudah menyiapkan siasatan berkaitan transaksi 1MDB, tertakluk kepada perundangan kami."
"Bank juga sertakan cadangan bagi tindakan susulan bersesuaian kepada Peguam Negara." Katanya sambil mengatakan perincian siasatan tidak boleh dikongsikan kerana bertentangan dengan undang undang.
Tambah Zeti siasatan tidak rasmi oleh bank pusat terhadap 1MDB sudah bermula sejak setahun lalu.
"Entiti ini mempunyai tangungan besar, ia menimbulkan kebimbangan dan kami telah bangkitkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya. "
"Kami tulis laporan dan berhubung dengan entiti itu selama ini. Kami lakukan siasatan tidak rasmi dengan mengambil kenyataan daripada individu yang terlibat dan sebagainya." katanya.
Menurutnya bank pusat memikul tanggungjawab terhadap kelulusan pelaburan yang dilakukan oelh bank pusat terhadap pelaburan 1MDB.
7 pegawai Bank Negara disoal siasat polis