Pelbagai agensi tempatan, negeri dan persekutuan bertindak balas terhadap insiden yang berlaku di Marsh Pier di Pulau Sapelo pada 4.30 petang waktu tempatan Sabtu, menurut Jabatan Sumber Asli Georgia.
Sementara itu, Xinhua melaporkan bahawa laluan pejalan kaki di jeti itu runtuh selepas dilanggar sebuah bot, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terjatuh ke dalam air.
Beberapa mangsa dibawa ke hospital ketika pihak berkuasa meneruskan usaha mencari dan menyelamat, menurut jurucakap Jabatan Sumber Asli Georgia, Tyler Jones.
-- BERNAMA