Sebanyak 699 pusat pemindahan banjir dengan kapasiti muatan 213,180 mangsa disediakan sebagai persiapan menghadapi banjir yang dijangka berlaku di Kelantan pada penghujung tahun ini dan awal tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Bantuan Banjir Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata sebanyak 8,000 petugas yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terlibat dalam operasi itu.
"Kesemua 216 pangkalan hadapan di 10 daerah yang terbabit juga akan dibekalkan bantuan bekalan makanan mulai Isnin," katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini, pada Ahad.
Mohd Faudzi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata persiapan menghadapi bencana alam itu dicapai bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi kerajaan yang berkaitan.
"Dalam taklimat rutin ini kita akan mendengar segala persiapan yang mana agensi terbabit akan memaklumkan kesiapsiagaan mereka dalam menghadapi banjir," katanya.
Beliau berkata maklumat daripada Jabatan Meteorologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengairan dan Saliran akan menjadi perolehan bagi persiapan tersebut.
Katanya persediaan awal amat penting khususnya di kawasan yang mempunyai ramai penduduk iaitu di jajahan Kota Bharu, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah.
Mohd Faudzi berkata penanda aras banjir di negeri ini adalah banjir pada 2014 dan jumlah petugas akan ditambah sekiranya keadaan memerlukan.
"Kita yakin persediaan yang dilakukan akan berjaya mengatasi apa-apa kemungkinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2017

Persiapan menghadapi bencana alam itu dicapai bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi kerajaan yang berkaitan. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.

Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.