KUANTAN: Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi selepas bertolak ke negara itu untuk mengerjakan umrah sejak Jun lepas berkemungkinan dapat dibawa pulang minggu depan.
Beliau berkata, usaha membawa pulang jemaah terbabit yang terdiri daripada 28 orang dewasa dan 35 kanak-kanak sedang giat dilakukan termasuk menerusi perbincangan bersama Kedutaan Arab Saudi di sini dan pihak berkuasa di negara itu.
"Mereka ke sana untuk mengerjakan umrah dan saya difahamkan timbul masalah. Bagaimanapun, butiran lengkap akan diumumkan kemudian kerana ia masih dalam rundingan... cuma saya dapat mengesahkan yang kemungkinan besar kita boleh membawa mereka pulang," katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, di sini, hari ini.
Pada awal bulan ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi kenyataan bersama mengesahkan kesemua rakyat Malaysia terkandas selepas dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah.
Mereka bagaimanapun hanya berada di Madinah dan tidak pernah dibawa ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah itu manakala ketua kumpulan tarekat tersebut telah diusir oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas susulan pelanggaran undang-undang tempatan.
Pada sidang media itu, Saifuddin turut memaklumkan, lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, setakat semalam, Kementerian Luar Negeri merekodkan bahawa seramai 453 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan itu di Kemboja, Myanmar, Laos serta Thailand dan 269 orang daripada mereka telah dibawa pulang.
Seramai 52 orang direkodkan masih berada di depot imigresen negara terbabit dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan 132 individu yang dilaporkan belum dapat dijejaki.
Saifuddin juga berkata, tujuh rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pelabur forex di sempadan Kemboja-Vietnam akan dibawa pulang ke tanah air hari ini.
"Bagaimanapun, mereka tidak dikategorikan sebagai mangsa sindiket mengambil kira mereka bekerja secara sukarela dan bebas keluar masuk dari kawasan tempat kerja," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
![63 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi dijangka pulang minggu depan 63 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi dijangka pulang minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664117117_SaifuddinAbdullah.jpg)
Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi selepas bertolak ke negara itu untuk mengerjakan umrah sejak Jun lepas berkemungkinan dapat dibawa pulang minggu depan. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![63 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi dijangka pulang minggu depan 63 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi dijangka pulang minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664117117_SaifuddinAbdullah.jpg)
63 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi dijangka pulang minggu depan
Kesemua rakyat Malaysia itu terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas untuk mengerjakan umrah.