Seramai 63,000 pesakit di seluruh negara telah menerima manfaat Tabung Bantuan Perubatan (TBP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan pada 2005.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bantuan TBP disediakan kepada pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian peralatan rehabilitasi atau ubat-ubatan.
Beliau berkata pembiayaan bantuan adalah untuk disiplin seperti kardiologi (jantung), ortopedik (tulang), otorinolaringologi (ENT), rehabilitasi serta sembilan lagi disiplin lain.
"Bantuan lain seperti Peka B40, bantuan subsidi hemodialisis di hospital kerajaan dan MySalam juga diperkenalkan bagi membantu masyarakat.
"Untuk MySalam, saya telah arahkan setiap hospital di seluruh negara untuk mempunyai setiap sudut MySalam bagi memudahkan pegawainya membantu memberikan maklumat dan bantuan kepada yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan TBP KKM di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, di sini pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr. Aman Rabu.
Sementara itu, Dr. Aman berkata seramai 111 orang pesakit di Johor telah menerima bantuan TBP berjumlah RM1.19 juta, sehingga Ogos tahun ini.
Katanya, pesakit yang paling ramai menerima bantuan ini ialah mereka yang menghidap penyakit telinga, hidung dan tekak (otorinolaringologi) iaitu seramai 39 orang.
"Pada tahun 2018, sebanyak 333 permohonan diluluskan melibatkan kos sebanyak RM2,147,776.76 manakala bagi tahun 2019 sebanyak 326 pesakit sudah diberikan bantuan dengan kos RM2,425,133.50," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020

ADHAM: Saya telah arahkan setiap hospital di seluruh negara untuk mempunyai setiap sudut MySalam bagi memudahkan pegawainya membantu memberikan maklumat dan bantuan kepada yang memerlukan. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.

MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.

Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.

MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.

MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.

Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham
Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.

SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.

100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini
MakersLab adalah pusat untuk komuniti pembawa perubahan berkumpul, berkongsi buah fikiran serta menjalankan eksperimen.

Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental
Ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.