PETALING JAYA: Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah mewujudkan bandar pintar adalah satu daripada pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran selamat serta menggalakkan pengurusan bandar yang cekap melalui pengaplikasian teknologi.
"Menurut laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua jumlah penduduk Malaysia yang tinggal di bandar dijangka meningkat daripada 20.29 juta pada 2010 kepada 27.30 juta menjelang 2025.
"Kini dianggarkan lebih 70 peratus daripada penduduk negara tinggal di kawasan bandar," katanya ketika berucap melancarkan Program Rintis Sandbox Bandar Pintar Lestari antara National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dan Sunway Innovation Labs (iLabs) di sini hari ini.
Beliau berkata kewujudan bandar pintar di negara ini membolehkan penggunaan teknologi dibangunkan oleh bakat tempatan melalui inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) seperti NTIS untuk membantu pihak berkuasa menangani isu-isu perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup.
Pada majlis hari ini, MOSTI melalui agensi di bawahnya Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sunway Innovation Labs (iLabs) untuk sandbox bandar pintar menerusi Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS).
NTIS adalah platform untuk mempercepat usaha mengubah negara daripada menjadi pengguna teknologi kepada penghasil teknologi.
Melalui kerjasama ini inovasi yang dibangunkan oleh syarikat pemula Sunway iLabs Super Accelerator boleh disalurkan kepada NTIS untuk diuji dalam persekitaran bandar raya sebenar yang dibangunkan Sunway, menerima fasilitasi kawal selia dan pembiayaan sebelum membawa penyelesaian teknologi ini ke pasaran dan dilaksanakan di seluruh negara.
Usaha ini dilihat mampu menjadikan bandar Sunway sebagai makmal alami, membawa masuk bakat muda, tenaga intelektual, kepakaran penyelidikan, makmal inovasi dan aktiviti komersial untuk menjana penyelesaian sebenar di kawasan bandar pada masa hadapan.
Dr Adham berkata antara manfaat program rintis sandbox bandar pintar lestari ialah mencapai sasaran komitmen Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon ke arah sifar emisi karbon pada 2050 dan memacu Malaysia ke arah negara lebih hijau selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selain itu rangka tindakan perbandaran Sunway boleh diadaptasi di seluruh negara bagi tujuan keselamatan, keselesaan serta bagi meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk dan pada masa sama memelihara alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
![Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655799286_TBadhambaba.jpg)
Dr Adham menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Program Rintis Sandbox Bandar Pintar Lestari di Sunway Futurex Duplex, Bandar Sunway hari ini. - Foto BERNAMA
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
![Malaysia-China akan meterai MoU dalam bidang perumahan, bandar pintar - Kor Ming Malaysia-China akan meterai MoU dalam bidang perumahan, bandar pintar - Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718694604_NgaKorMing.jpg)
Malaysia-China akan meterai MoU dalam bidang perumahan, bandar pintar - Kor Ming
Malaysia dan China bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perumahan, perancangan bandar dan bandar pintar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
![KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698330510_TBMahadhirAziz.jpg)
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
![SDEC tarik 15,000 pelawat, jana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta - Sidec SDEC tarik 15,000 pelawat, jana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta - Sidec](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701839576_TBTransformasij.jpg)
SDEC tarik 15,000 pelawat, jana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta - Sidec
Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor kelapan yang diadakan Oktober lepas, menarik lebih 15,000 pelawat dan menjana potensi nilai transaksi sehingga RM80 juta.
![RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025 RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
RMK12: Lima bandar pintar menjelang 2025
Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
![Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679329523_AminuddinHarun.jpg)
Seremban bandar pintar, rendah karbon menjelang 2027 - Datuk Bandar
Mahu wujudkan bandar selamat dan utamakan isu keselamatan termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta penglibatan komuniti.
![Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 - PM Anwar Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675225190_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 - PM Anwar
Kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.
![Forum dan mesyuarat Datuk Bandar ASEAN bincang kerjasama bina bandar pintar Forum dan mesyuarat Datuk Bandar ASEAN bincang kerjasama bina bandar pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669970218_SamdechTechoHunSen.jpg)
Forum dan mesyuarat Datuk Bandar ASEAN bincang kerjasama bina bandar pintar
Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh bagi membincangkan bagaimana untuk membina bandar pintar di rantau ini.
![8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One 8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664378085_TBZAHIDI.jpg)
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
![SDEC 2022: Ruang syarikat pemula, pemain industri bangun bandar pintar, ekonomi digital SDEC 2022: Ruang syarikat pemula, pemain industri bangun bandar pintar, ekonomi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663149883_BPSIDEC.jpg)
SDEC 2022: Ruang syarikat pemula, pemain industri bangun bandar pintar, ekonomi digital
Konvensyen ini akan menyelidiki mekanisme dalam membentuk rangka kerja dan penyelesaian bandar pintar dan ekonomi digital sedia ada serta masa depan.
![5G, pemacu kemunculan bandar pintar - Ahli akademik 5G, pemacu kemunculan bandar pintar - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644223989_malaysia.jpg)
5G, pemacu kemunculan bandar pintar - Ahli akademik
Blok bangunan asas bandar pintar terdiri daripada infrastruktur yang baik dilengkapi dengan rangkaian komprehensif canggih teknologi 5G.