PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi penekanan terhadap bidang penyelidikan pembangunan eksperimental dengan menyalurkan pembiayaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menurutnya, ia bagi memanfaatkan peruntukan sebanyak RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.
“MOSTI amat menghargai keprihatinan kerajaan dalam memacu aktiviti R&D khususnya di peringkat penyelidikan pembangunan eksperimental oleh pihak industri, institusi pengajian tinggi dan agensi penyelidikan kerajaan.
“Aktiviti R&D mampu menjana pendapatan menerusi usaha pengkomersialan produk serta teknologi tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat semalam mengumumkan peruntukan itu termasuk RM295 juta kepada universiti awam untuk terus berperanan dalam ekosistem penyelidikan dan inovasi serta menggalakkan kerjasama dengan industri.
Bagi memperkasakan program strategi MyStartup oleh Cradle Fund Sdn Bhd, Dr Adham berkata pihaknya akan memberi sokongan terhadap setiap peringkat perkembangan dan pertumbuhan syarikat-syarikat pemula yang berpotensi.
Katanya, sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi memulih dan membina daya tahan syarikat-syarikat terbabit.
Menyifatkan Bajet 2022 sebagai input menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat, beliau berkata MOSTI terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka dan memberi tumpuan kepada matlamat memulihkan kehidupan, serta mata pencarian rakyat.
"Ini selaras dengan tiga bidang fokus Bajet 2022 iaitu 3R; recovery (memulih), resilience (membina daya tahan) dan reform (menyusun semula) yang membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap Keluarga Malaysia," katanya.
Justeru, Dr Adham berkata beliau akan memastikan warga kementerian dan pelbagai agensi di bawah MOSTI sentiasa proaktif memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan agar manfaatnya dirasai seluruh Keluarga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
![Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634473256_AdhamBaba.jpg)
Adham berkata MOSTI terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka dan memberi tumpuan kepada matlamat memulihkan kehidupan, serta mata pencarian rakyat. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664297212_AdhamBaba.jpg)
Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.
![MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664144400_MOSTIAkademiSains.jpg)
MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.
![Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663722586_MerasmikanPusatBat.jpg)
Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.
![MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011 MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660297500_AdhamBaba.jpg)
MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.
![MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659373963_TBAdhamBaba.jpg)
MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.
![Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655799286_TBadhambaba.jpg)
Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham
Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
![SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19 SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654143338_TanSriAzamBaki.jpg)
SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.
![100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham 100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651212921_AdhamBaba.jpg)
100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.
![Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650115926_TBADHAMBABA.jpg)
Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini
MakersLab adalah pusat untuk komuniti pembawa perubahan berkumpul, berkongsi buah fikiran serta menjalankan eksperimen.
![Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634473256_AdhamBaba.jpg)
Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental
Ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.