Enam orang termasuk bayi lelaki berumur sembilan bulan, terbunuh dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux dan kereta di Km113 Jalan Sibu-Bintulu hari ini.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun.
Kelima-lima mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Napsiah Hassan, 61, penumpang Toyota Hilux yang dipandu suaminya, Ali Kamat, disahkan meninggal dunia di klinik kerajaan di Tepus, Ulu Selangau.
Ali, yang berasal dari Kampung Medong, Dalat, di bahagian Mukah, tidak cedera, bagaimanapun cucu lelakinya berumur empat tahun patah kaki.
Ketua Polis Mukah DSP Omar Bakhtiar Yaacob berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh orang awam pada 8.10 pagi.
Beliau berkata kenderaan pikap itu dalam perjalanan dari Miri ke Kuching manakala kereta pula dalam perjalanan ke Limbang dari Sibu apabila kemalangan itu berlaku.
Katanya punca kemalangan masih disiasat.
Pada Selasa, tiga orang terbunuh dalam kemalangan di Km114 jalan yang sama.
Bernama
Wed Jul 03 2013
11 maut bangunan lima tingkat di Manila terbakar
Sekurang-kurangnya 11 maut dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman dan komersial lima tingkat di kawasan chinatown di Manila, Filipina pada Jumaat.
Pasukan penyelamat giat lakukan pencarian lebih 40 penduduk hilang
Dalam insiden itu, pihaknya percaya lebih daripada 49 orang dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Angka kematian tanah runtuh di India melebihi 300
Operasi mencari mencari mangsa tanah runtuh yang berlaku pada Selasa diteruskan pada Jumaat di Daerah Wayanad, Negeri Kerala, India apabila angka kematian akibat bencana itu melebihi 300 orang.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
Universiti sukan: Fungsi, aspek hala tuju perlu dikaji terlebih dahulu
Fungsinya perlu dikaji terlebih dahulu kerana ketika ini terdapat tidak kurang daripada tujuh universiti yang menawarkan kursus berkaitan sukan.
Pengosongan kerusi ADUN Mahkota diumum Ahad ini
Pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota akan diumumkan pada Ahad ini 4 Ogos.
Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya pada Mac tahun lepas, memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat bahawa, pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
5 pekerja kontraktor ditahan curi kabel projek LRT3
Polis menumpaskan kumpulan pencuri kabel di tapak pembinaan LRT3 yang membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta dengan penahanan lima pekerja kontraktor di tiga tapak projek berkenaan, pada Khamis.
Taktik seludup minyak masak bersubsidi ke Kemboja gagal
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi dipercayai hingga ke Kemboja berjumlah 116 kilogram (kg) selepas menahan dua individu warga asing di Padang Besar pada 24 Julai lalu.
Peralatan Darjah Kebesaran SSAP palsu dirampas
Polis merampas pelbagai peralatan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) disyaki palsu daripada seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran terbabit.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah
Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Ltd Thailand dijangka menyuntik pelaburan berjumlah AS$10.0 bilion (RM44.1 bilion) untuk mengkomersialkan gas masam di kawasan luar pesisir Sarawak.
Orang ramai selamatkan dua lelaki dari rentung
Dua jentera diatur gerak ke lokasi, dengan kekuatan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bintulu dan Balai Kidurong.
Petronas umum penemuan gas di perairan Bintulu, Sarawak
Telaga cari gali Cengkih-1 di Blok SK 320 terletak di Wilayah Luconia Tengah, kira-kira 220 kilometer dari perairan Bintulu.
Shell, Petronas Carigali bangun projek gas di luar pantai Bintulu
Kawasan Rosmari-Marjoram akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui, menggunakan tenaga solar untuk platform luar pesisir.
Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar
Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.