KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan 52 individu termasuk enam wanita yang dipercayai menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan haram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 16 hingga 52 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di bandar raya ini pada kira-kira 9 malam kelmarin.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek mengaku menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), yang modus operandinya menjalankan aktiviti tarik kereta yang tertunggak bayaran bank.
"Saringan awal ujian air kencing terhadap kesemua individu mendapati seramai enam orang positif dadah jenis metamfetamina manakala tiga daripada individu yang ditahan merupakan ketua pertubuhan terbabit dengan gelaran 'Ayahanda.'
"Ketiga-tiga individu juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau seperti kekerasan dan narkotik," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Marzhuki berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021

Polis Terengganu menahan 52 individu termasuk enam wanita yang dipercayai menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan haram. - Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu wanita rempuh tiga pelajar UiTM Dungun dipercayai tidak siuman
Suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.

Terengganu pantau ajaran Ayah Pin, jalin hubungan baik dengan ahli keluarga
Hubungan baik adalah bagi membawa mereka ke jalan yang benar dan memantau serta memastikan ajaran itu tidak kembali tersebar.

Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.

Hilang wang simpanan tiada kaitan dengan PADU - Polis
Polis berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan 'phishing atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.

Polis Terengganu buka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu membuka sebanyak 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.

PRK Kemaman: Tiga pengundi awal tunaikan tanggungjawab hari ini
Ketiga-tiga pengundi akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Polis Terengganu tumpaskan sindiket wang palsu
Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket membuat dan mengedarkan wang palsu di negeri itu sejak setahun lalu.