Sejumlah 50 daripada sekolah daif di negeri Sarawak yang diurus Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mana 21 sekolah dalam proses pembinaan mendahului jadual sementara 29 berdepan masalah.

Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf menjelaskan antara sekolah terlibat termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Rentap di Sarikei dalam progres mencapai 77.87 peratus, berbanding 50.08 peratus berdasarkan jadual asal, SK Pujut Corner di Miri (19.45 peratus mendahului jadual) ; SK Sungai Petai, Sarikei (16.98 peratus mendahului jadual) , K Kpg Pangtray di Daro (15 peratus mendahului jadual) ; SK Sungai Sugai di Julau (13 peratus mendahului jadual) serta SK Ulu Sungai Salim di Sibu (13 peratus mendahului jadual).

Tersenarai juga.mendahului jadual SK Limpaki di Limbang (12.51 peratus mendahului jadual), SK Sebangki di Lubok Antu (10.47 peratus mendahului jadual), SK Sungai Pinang di Puncak Borneo (10 peratus mendahului jadual) ; SJK Hua Kwong di Miri (9.29 peratus mendahului jadual), masing-masing sembilan peratus mendahulu jadual ialah SK Melaban di Lubok Antu dan SK Sekarok di Lubok Antu.

SK Kampung Teh di Mukah (8.95 peratus mendahului jadual) ; SK Sungai Semerah di Puncak Borneo (8 peratus mendahului jadual) ; SK Ridan di Lubok Antu (7.58 peratus mendahului jadual); SK Tengin / Sedarat di Lubok Antu (7.19 peratus mendahului jadual) ; SK Ulu Daro (7 peratus mendahului jadual); SK Nanga Kumpang di Lubok Antu (6.23 peratus mendahului jadual); SK Tanah Putih di Sarikei (4.59 peratus mendahului jadual) ; SK Kuala Mendalam di Limbang (4.76 peratus mendahului jadual) dan SK Ulu Strass di Sarikei (3.01 peratus mendahului jadual).

"SK Ng Lipus di Kanowit pula 1.10 peratus mendahului jadual ; SK Rantau Kemiding di Kanowit (0.80 peratus mendahului jadual). Sebuah lagi sekolah SK Assun di Sarikei berjalan mengikut jadual dengan 72 peratus sudah siap.

"Saya telah dimaklumkan oleh JKR bahawa 29 lagi projek kini mengalami kelewatan antara 0.43 peratus hingga 30.76 peratus," jelasnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Tambah Fadillah, kelewatan itu bukan disengajakan tetapi berpunca daripada masalah tapak tanah luar jangkaan hingga memberi kesan kepada kerja cerucuk dalam tanah.

"Kerja berkenaan tertunggak sejak 17 Mac 2018 dan hanya dapat diterus semula pada 4 Mei 2018 selepas masalah berkaitan dapat ditangani," jelasnya.

Menurut Fadillah, punca kelewatan lain ialah masalah kontraktor, pembekalan dan masalah cuaca.

"Ketika saya menjadi Menteri Kerja Raya, Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif menggunakan kaedah IBS telah diadakan pada 23 Februari," katanya.

50 buah sekolah dari jumlah 116 sekolah daripadanya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala bakinya adalah di bawah JKR.

JKR Malaysia juga melantik JKR Sarawak sebagai agensi pelaksana menggunakan reka bentuk disediakan JKR Malaysia dan kontraktor dipilih sendiri oleh JKR Sarawak.

"13 kontraktor telah dipilih oleh JKR Sarawak melaksanakannya dalam 13 pakej.

Fadillah turut menegaskan, kaedah pembinaan projek menggunakan teknologi sistem IBS mampu disiapkan dalam tempoh lebih singkat berbanding kaedah konvensional.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan sebelum ini telah memutuskan supaya kaedah IBS digunakan sepenuhnya dalam pembinaan sekolah-sekolah daif ini.

"Kesemua 50 projek di bawah JKR Sarawak dilaksana (di Sarawak) sepatutnya siap 27 Jun 2018," katanya.

Kerja-kerja pembinaan sekolah daif di negeri Sarawak dilaksana secara berperingkat dengan peruntukan sejumlah RM1 billion dibawah Bajet 2018.