MELAKA: Taktik memberi alasan hanya menggaji pekerja sambilan dan menyuruh pekerja segera pulang ketika diserbu penguat kuasa membawa padah kepada 45 majikan apabila dikompaun selepas didapati gagal mendaftar pekerja dan perusahaan mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar berkata alasan tersebut tidak boleh diterima memandangkan peraturan sedia ada jelas mewajibkan majikan mencarum walaupun pekerja itu hanya bekerja sehari di premis perniagaannya.
"Begitu juga dengan alasan pekerja mereka belum disahkan jawatan dan terkesan disebabkan pelaksanaan gaji minimum," katanya pada sidang media selepas Op Gegar Malam lewat malam tadi.
Beliau berkata hasil operasi bermula 3 petang itu melibatkan 168 premis di sekitar kawasan Serkam, Umbai dan Klebang, sebanyak 45 kompaun bernilai RM24,500 dikeluarkan penguat kuasa Perkeso.
Daripada jumlah itu, sebanyak 34 kompaun bernilai RM18,500 dikeluarkan di bawah Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kerana majikan gagal daftar perusahaan manakala di bawah Seksyen 5 akta sama, 11 kompaun bernilai RM6,000 dikenakan kerana majikan gagal mendaftar pekerja.
"Jika pendakwaan dilakukan, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara dua tahun," katanya.
Beliau berkata tumpuan operasi kali ini adalah melibatkan perusahaan atau perniagaan yang dijalankan pada waktu malam terutama kedai makan, restoran dan kedai serbaneka.
"Ini adalah operasi pertama bagi tahun ini dan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan kita anggap op malam ini sebagai warm up (gerakan pemanas) untuk memberi peringatan kepada majikan yang masih gagal mencarum dan mendaftar pekerja mereka.
"Suka diingatkan pada semua industri sama ada beroperasai siang atau malam, Perkeso akan memastikan tiada majikan terlepas daripada tanggungjawab mencarum pekerjanya kerana ini adalah berkaitan keselamatan sosial," katanya.
Sementara itu, Abd Razak berkata dari Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 25 majikan telah didakwa di mahkamah manakala sepanjang 2021, Perkeso Melaka telah menjalankan 99 kes pendakwaan melibatkan pelbagai kesalahan.
Katanya, pihak Perkeso Melaka juga telah mengambil tindakan ke atas majikan yang gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh ditetapkan kepada agensi tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Operasi bermula jam 3 petang itu melibatkan 168 premis di sekitar kawasan Serkam, Umbai dan Klebang, menyaksikan 45 kompaun bernilai RM24,500 dikeluarkan. - Facebook Perkeso Melaka
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
45 majikan dikompaun gagal daftar pekerja, perusahaan
Tumpuan operasi kali ini melibatkan perusahaan atau perniagaan yang dijalankan pada waktu malam.