Sebanyak 435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan yang menyentuh sensitiviti perkauman, agama, institusi diraja dan pentadbiran keadilan negara dibuka sejak 2010 hingga 14 Okt lepas.
Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes melibatkan isu perkauman, agama (68), institusi diraja (60) dan pentadbiran negara (65).
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Rusdi Ahmad berkata sebanyak 11 lagi kes membabitkan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia manakala baki sebanyak 176 kes melibatkan lain-lain kategori.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada forum Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP) di Universiti Malaya di sini, pada Ahad.
Rusdi berkata PDRM juga memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih yang diputarbelitkan oleh segelintir individu melalui media sosial khususnya Facebook dan WhatsApp.
"Penyebaran maklumat palsu berupaya mengganggu gugat ketenteraman awam, mengancam keselamatan dan menjejaskan keharmoniam kaum selain mendatangkan mudarat kepada perpaduan kaum," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap individu supaya tidak melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghasut, memfitnah, mengaib atau menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang-bilang kaum dan agama di negara ini.
Menyentuh mengenai jenayah siber yang semakin meningkat di negara ini, Rusdi berkata dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 5,785 kes direkodkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM119.7 juta.
"Dalam sudut ancaman siber, walaupun ia tidak semestinya ganas, namun ia membawa implikasi yang buruk secara meluas dalam masa yang amat singkat. Bagi membendung masalah ini, PDRM sentiasa berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016
![435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan dibuka sejak 2010 435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan dibuka sejak 2010](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441570542_WOMENHANDCUFF.jpg)
PDRM memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih yang diputarbelitkan oleh segelintir individu melalui media sosial khususnya Facebook dan WhatsApp.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Mahkamah perintah Papagomo tidak keluar kenyataan berkaitan kes hasutan dihadapinya Mahkamah perintah Papagomo tidak keluar kenyataan berkaitan kes hasutan dihadapinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716808420_Papagomo.jpg)
Mahkamah perintah Papagomo tidak keluar kenyataan berkaitan kes hasutan dihadapinya
Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya.
![Sanusi dibenarkan pindah kes menghasut ke Mahkamah Tinggi Sanusi dibenarkan pindah kes menghasut ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706764173_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Sanusi dibenarkan pindah kes menghasut ke Mahkamah Tinggi
Perbicaraan dua kes menyebut perkataan menghasut membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Sesyen Selayang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.
!['Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi 'Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706077226_TBMuhammadSanusi.jpg)
'Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, tiada niat untuk melengah-lengahkan prosiding dua kes menyebut perkataan menghasut yang dipertuduhkan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Selayang.
![Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal bermula 22 April 2024 Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal bermula 22 April 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702025256_TBKijaljpg.jpg)
Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal bermula 22 April 2024
Mahkamah Sesyen menetapkan lima hari bermula 22 April 2024 bagi perbicaraan kes ADUN Kijal Datuk Razali Idris berkaitan kes hasutan.
![435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan dibuka sejak 2010 435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan dibuka sejak 2010](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441570542_WOMENHANDCUFF.jpg)
435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan dibuka sejak 2010
Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes melibatkan isu perkauman, agama (68), institusi diraja (60) dan pentadbiran negara (65).