Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.
"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baharu yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
"Sebanyak 170 negara telah melaksanakan GST, yang didapati lebih efisien dan moden, dan sudah terbukti meningkatkan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata sekiranya GST dilaksanakan, pendapatan negara dijangka meningkat yang membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), selain menurunkan kadar cukai korporat.
"Kita perlu lihat bagaimana hendak mengurangkan kadar cukai korporat supaya lebih ramai pelabur datang ke sini, sekali gus dapat merancakkan ekonomi negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Beliau berkata selain memberi manfaat kepada syarikat terlibat, pelaburan juga memberi kebaikan kepada banyak pihak.
"Bila kita melaksanakan satu pelaburan, bukan syarikat sahaja yang memperoleh keuntungan, malah pekerjanya juga akan mendapat keuntungan menerusi kenaikan gaji. Seperti rakyat yang menerima bantuan e-kasih, bantuan bulanan mereka juga akan meningkat," kata Ahmad Husni.
Mengenai Perundingan Belanjawan 2014, Ahmad Husni berkata ia telah selesai dilaksanakan, termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.
"Sabah dan Sarawak dari segi cabaran, ialah pembangunan jangka panjang di kedua-dua negeri itu dalam konteks ia mesti menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi atau pusat ekonomi, dan dengan itu infrastruktur perlu di berikan keutamaan," katanya.
Bernama
Sat Aug 24 2013
![40 barang keperluan asas dikecualikan cukai jika GST dilaksanakan 40 barang keperluan asas dikecualikan cukai jika GST dilaksanakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41375510840_295x200.jpg)
![Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
![Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721253254_OpPintasMega.jpg)
Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan
Remaja terbabit disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di kilang memproses bahan kitar semula berkenaan sejak lebih setahun lalu.
![Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721252554_DickSchoof.jpg)
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
![Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI
Syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.
![Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721251255_MIDA.jpg)
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
![Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
![Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649228054_TBADBBOX.jpg)
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
![Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721222006_SaraswathyKandasami.jpg)
Bank buku diwujudkan di perpustakaan awam negeri - Saraswathy
Setiap bahan bacaan itu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kandungannya bersesuaian untuk pelajar.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
![Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655904605_TBMASHNAJIB.jpg)
Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi
Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.
![Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah' Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655891567_AhmadHusni.jpg)
Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah'
Perbicaraan 1MDB Najib bermula tegang pagi ini dengan peguam utamanya terlibat dalam perbalahan dengan saksi, bekas Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
![Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654607386_AhmadHusni.jpg)
Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni
Ahmad Husni, 70, berkata beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009.
![Bung Moktar mohon kelulusan labur RM150 juta dalam unit amanah daripada Kementerian Kewangan Bung Moktar mohon kelulusan labur RM150 juta dalam unit amanah daripada Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621420462_BungMokhtarRadin.jpg)
Bung Moktar mohon kelulusan labur RM150 juta dalam unit amanah daripada Kementerian Kewangan
Bung Moktar dan beberapa ALP lain bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM50 juta dalam unit amanah itu.
![Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali' Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573445925_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
Najib mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low beberapa kali, berkenaan operasi akaun bank peribadinya.
![Tuduhan Husni diperlakukan sekadar 'office boy' satu jenaka - Najib Tuduhan Husni diperlakukan sekadar 'office boy' satu jenaka - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575445364_TBMASHNAJIB.jpg)
Tuduhan Husni diperlakukan sekadar 'office boy' satu jenaka - Najib
Tuduhan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa beliau diperlakukan sekadar office boy adalah satu komedi, kata Najib Razak.
![Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566180176_TBNAJIBRAZAKCOURT.jpg)
Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt
Pendakwaan menutup kesnya terhadap Najib selepas pemeriksaan balas saksi terakhir, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rosli Husain.
![Kes SRC: Husni akui tipu media berhubung alasan peletakan jawatan untuk lindungi Najib Kes SRC: Husni akui tipu media berhubung alasan peletakan jawatan untuk lindungi Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524569522_AhmadHusniHanadzla.jpg)
Kes SRC: Husni akui tipu media berhubung alasan peletakan jawatan untuk lindungi Najib
Husni memberitahu pihak media bahawa peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun sebaliknya.
![Pemindahan SRC ke MKD tidak libatkan pembayaran tunai - Saksi Pemindahan SRC ke MKD tidak libatkan pembayaran tunai - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558110897_NajibTunRazak.jpg)
Pemindahan SRC ke MKD tidak libatkan pembayaran tunai - Saksi
Datuk Mat Noor Nawi, 64, berkata kaedah yang dinyatakan di dalam deraf memorandum pemindahan tersebut adalah bayaran interim daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan.
![Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51556811802_AmirulImranAhmat.jpg)
Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi
Amirul Imran berkata surat bertarikh 3 Jun 2011 dan ditandatangani Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil itu memohon pinjaman bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.