KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mengemukakan surat permohonan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad bagi membuat pelaburan berjumlah RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual sedangkan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felcra hanya bersetuju untuk melabur sebanyak RM50 juta.
Bekas Ketua Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Datuk Seri Dr Mohmad Isa Hussain, 61, berkata semasa mesyuarat ALP pada 24 Nov 2014 yang turut dihadirinya, Bung Moktar dan beberapa ALP lain, mereka bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM50 juta dalam unit amanah itu.
Mohmad Isa berkata beliau menerima surat permohonan pelaburan RM150 juta pada 3 Mac 2015 yang ditandatangani Bung Moktar sendiri (yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra) untuk diserah kepada Menteri Kewangan II ketika itu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk kelulusan.
"Permohonan tersebut telah mendapat kelulusan Ahmad Husni, bermaksud pihak Felcra boleh meneruskan cadangan pelaburan unit amanah yang dimohon kerana bagi jumlah pelaburan melebihi RM30 juta, perlu merujuk kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk keputusan muktamad.
"Berhubung jumlah pelaburan berjumlah RM150 juta yang dinyatakan (dalam surat), saya ketika itu beranggapan jumlah tersebut sama ketika pembentangan yang dibuat semasa mesyuarat ALP pada 24 Nov 2014 dan tidak tahu sekiranya jumlah tersebut telah diubah atau tidak sama dengan jumlah yang diluluskan semasa mesyuarat ALP itu," katanya.
Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Bung Moktar dan isterinya, pelakon Zizie Ezette Abdul Samad.
Mohmad Isa berkata pada pengetahuannya, jika berlaku perubahan dalam amaun yang hendak dilaburkan dalam unit amanah di Public Mutual, perkara itu perlu dirujuk kepada mesyuarat ALP terlebih dahulu.
Bagaimanapun, semasa pemakluman laporan prestasi pelaburan unit amanah itu pada mesyuarat ALP Ogos 2015, beliau difahamkan prestasi pelaburan tersebut tidak menggalakkan dan maklumat yang diberikan adalah mencurigakan.
"Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit kemudiannya telah membangkitkan perkara ini (isu pelaburan RM150 juta) dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit Felcra Berhad kali ke-54 bertarikh 15 Sept 2015 dan minta dilaksanakan satu siasatan khas berhubung perkara ini.
"Setelah dibentangkan hasil siasatan khas berkenaan, barulah saya dapat tahu jumlah pelaburan yang dibuat tidak sama sepertimana keputusan asal iaitu daripada RM50 juta kepada RM150 juta," katanya.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 61, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie Ezette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Ezette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 23 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 21 2021

Bung Moktar dan beberapa ALP lain bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM50 juta dalam unit amanah itu. - Bernama
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Bung Moktar, Zizie Izette akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri
Bung Moktar dan isterinya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.