Cubaan empat warga asing masuk ke negara ini dengan menggunakan bot pam berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam satu operasi di perairan Pulau Nunuyan, pada Khamis.
Dalam operasi yang dinamakan 'Op Pensura' pada kira-kira jam 4.30 petang itu, kesemua suspek yang ditahan berumur 16 hingga 41 tahun dan dipercayai warganegara Filipina.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, anggotanya sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dua buah bot pam yang dinaiki warga asing berkenaan.
"Sebaik ditahan dan diperiksa, didapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Suspek terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki dipercayai warga Filipina," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Tambahnya, semua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Radhi Muslim
Fri Jun 28 2019
Kesemua suspek yang ditahan berumur 16 hingga 41 tahun dan dipercayai warganegara Filipina. - Foto ihsan PPM
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kru kapal udang diculik: Polis Sabah tunggu maklumat pihak keselamatan Filipina
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.50 pagi itu melibatkan semua mangsa lelaki dipercayai dari negara jiran, berumur 27 hingga 48 tahun.
Penjenayah warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan di Lahad Datu
Dalam kejadian jam 11 malam Selasa itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30 dan 40an tersebut meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.
4 warga asing dicekup cuba masuk ke Malaysia
Cubaan empat warga asing masuk ke negara ini dengan menggunakan bot pam berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.
Mayat bayi mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan dijumpai terapung
Mayat berkenaan dijumpai nelayan sebelum memaklumkannya kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.
Dua pengguna 'bom ikan' dicekup
Maritim Kota Kinabalu menerima aduan sebuah bot pam yang disyaki melakukan aktiviti pengeboman ikan memasuki Perairan Pulau Mengalum.
APMM gagalkan aktiviti bom ikan di Karambunai
Suspek bagaimanapun berjaya loloskan diri ke kawasan pesisir pantai berbatu di Teluk Karambunai, dengan meninggalkan empat bot pam mereka.