Dua penjenayah warga asing ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Felda Sahabat Lahad Datu, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di anggota badan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, terdahulu ketika kejadian, sepasukan anggota polis sedang mengesan dua bot pam yang berada dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.
Jelasnya, berlaku adegan mengejar bot suspek di peringkat awal sebelum suspek melepaskan tembakan ke arah pihak polis.
"Semasa membuat pintasan dalam keadaan lampu biru polis dinyalakan dan siren dibunyikan, suspek telah melepaskan tembakan ke arah bot pasukan keselamatan.
"Bagi tujuan mempertahankan diri, kru bot telah melepaskan beberapa tembakan balas manakala salah satu bot suspek telah melarikan diri ke perairan Filipina," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Omar berkata, sebaik membuat pemeriksaan di lokasi berbalas tembakan itu, polis menemukan dua mayat lelaki dengan salah seorangnya didapati terapung di laut manakala seorang lagi berada di dalam bot pam.
Ditanya sama ada suspek yang ditembak mati mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas Abu Sayaff atau penjenayah sempadan rentas, beliau berkata perkara tersebut masih dalam siasatan polis.
"Kalau nelayan, dia tidak akan bawa senjata. Kalau penyeludupan, tidak ada barang dia seludup.
"Kemungkinannya ialah, sama ada mereka ini adalah spotters yang cuba mengesan mangsa-mangsa untuk diculik, ataupun militan yang cuba melakukan tindakan keganasan.
"Ada beberapa kemungkinan yang masih kita siasat," katanya.
Tambah Omar, selain rampasan bot pam dan penemuan mayat itu, polis juga berjaya merampas beberapa barangan seperti selaras garand rifle, dua butir peluru dan seunit kelopak peluru.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Ruzaini Zulkepli
Wed Sep 04 2019
Omar menunjukkan gambar suspek yang ditembak mati pada sidang media di IPK Sabah hari ini. - Astro AWANI
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Penjenayah warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan di Lahad Datu
Dalam kejadian jam 11 malam Selasa itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia lingkungan 30 dan 40an tersebut meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.