Polis yakin menyelesaikan 37 kes samun penumpang teksi di Selangor dan Kuala Lumpur dengan penangkapan empat lagi anggota sindiket yang disyaki terbabit dalam kes samun dan rogol wanita warga Amerika Syarikat baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata empat lelaki terbabit ditahan secara berasingan dalam dua serbuan di Banting dekat sini semalam, hasil soal siasat terhadap tujuh individu yang ditahan sebelum ini.
"Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berumur 38 tahun yang bekerja sebagai pengusaha katering kira-kira 5 pagi di sebuah rumah di Bandar Mahkota Banting dan berasal dari Ipoh," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata setengah jam kemudian, polis menahan tiga lagi lelaki di sebuah rumah di Taman Langat Jaya, Banting dekat sini berumur antara 26 dan 33 tahun bekerja sebagai pencuci kenderaan, buruh dan pengutip besi buruk.
"Kita turut merampas teksi dan van yang dipercayai digunakan anggota sindiket itu untuk melakukan kegiatan jenayah.
"Pemeriksaan mendapati van berkenaan disewa oleh sindiket itu manakala teksi berkenaan dilaporkan dicuri di Petaling Jaya awal bulan ini," katanya.
Tun Hisan berkata kesemua suspek yang terbabit ditahan reman sehingga 25 Mac.
Sehubungan itu, beliau berkata polis percaya dengan tangkapan 11 anggota sindiket itu sejak 13 Mac sehingga semalam, sebanyak 19 kes samun di Selangor dan 18 kes sama di Kuala Lumpur yang berlaku sejak awal tahun ini telah selesai.
Sementara itu, Tun Hisan menambah pemeriksaan lanjut mendapati, pemandu teksi berumur 39 tahun yang ditahan pada 18 Mac lepas di Kajang mempunyai rekod jenayah membabitkan kes bunuh.
Beliau berkata seorang lagi suspek yang ditahan pada hari sama iaitu seorang pengawal keselamatan berumur 34 tahun turut mempunyai empat rekod jenayah termasuk memababitkan kes dadah, curi dan mendatangkan kecederaan.
"Kita hairan bagaimana orang yang mempunyai rekod jenayah boleh terlepas dan diterima bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya.
Isnin lepas, polis percaya telah menyelesaikan kes samun dan rogol melibatkan wanita warga warga Amerika Syarikat pada 11 Mac lepas yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris dengan menahan tujuh individu termasuk tiga wanita.
Polis Selangor sebelum ini menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes membabitkan mangsa, berumur 20-an, yang menaiki teksi dari sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah lokasi di Sungai Pelek, Sepang dan dirogol.
Polis sebelum ini memberkas lima individu termasuk dua wanita berumur antara 28 dan 39 tahun di Pangsapuri Desa Mutiara, Taman Sungai Jeluk, Kajang pada Selasa lepas.
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berumur 47 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 13 Mac lepas dan keesokannya menahan seorang suri rumah berumur 28 tahun di sebuah rumah di Balakong.
Bernama
Wed Mar 20 2013
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.