SEREMBAN: Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi tujuan melepaskan tahanan, Ogos lalu.
Tertuduh Lans Koperal Mohamad Ikhwan Shafiq Mohammad, 27, Koperal Muhammad Syahar Sansudin@ Samsudin, 34, Lans Koperal Muhammad Adib Hanizin, 27 dan Koperal Muhammad Ruzaini Firdaus Ismail, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dengan niat bersama telah secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM3,000 dan menerima RM800 daripada seorang perempuan berusia 37 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan dua anak lelakinya daripada tahanan polis kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki dadah jenis syabu.
Kesalahan itu dilakukan pada 24 Ogos lalu jam lebih kurang 12 tengah malam dan 3 pagi di Balai Polis Gemencheh, Tampin.
Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a) (A)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun, didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohammad menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Peguam, Azrul Zulkifli Stork memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah terhadap kesemua tertuduh yang telah pun berkahwin serta mempunyai tanggungan.
Mahkamah menetapkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka sekali setiap bulan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes 12 Disember ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023
![4 anggota polis didakwa terima rasuah lepas tahanan 4 anggota polis didakwa terima rasuah lepas tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699424655_TBrasuahjpg.jpg)
Kesemua tertuduh diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600 Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719996767_TBCourtHammer.jpg)
Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki dengan meminta wang RM600, tiga bulan lepas.
![Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682146049_AlirantrafikJohor.jpg)
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
![Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716028440_SyafiqAimanAbHali.jpg)
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
![Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712801673_Remajamaut.jpg)
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
![Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707791088_TBPDRMjpg.jpg)
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
![Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711722885_Anggotapolismaut.jpg)
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
![Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710604623_TBBOTKARAM.jpg)
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
![Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710082258_Unsplashphife.jpg)
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
![Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709620752_TBMAHKAMAHALORSE.jpg)
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
![Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000 Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709097856_rasuah.jpg)
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.