Perjalanan selama 36 jam dari Tarim, Yaman ke Oman merupakan pengalaman yang sukar dilupakan bagi pelajar pengajian kitab, Amirul Danien Hafiz, 15, kerana terpaksa menahan kesakitan berikutan kakinya bengkak akibat duduk terlalu lama di dalam bas.
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 17 jam itu menjadi terlalu lama, berikutan enam sekatan jalan raya dan pemeriksaan oleh pihak berkuasa Yaman.
Pelajar Madrasah Dar al-Mustafa, Tarim itu terpaksa menggunakan kerusi roda ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Isnin malam setelah menaiki pesawat dari Doha, Qatar ke KLIA.
"Ini merupakan kali pertama saya mengalami bengkak kaki...kemungkinan ini disebabkan saya duduk terlalu lama dalam bas.
"Agak susah kerana tidak boleh berjalan sepanjang perjalanan sehingga terpaksa meminta bantuan rakan-rakan untuk bergerak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Isnin malam.
Amirul seorang daripada 70 rakyat Malaysia yang menaiki Qatar Airways, QR852 dan tiba di KLIA pada 8.34 malam.
Mereka adalah antara 168 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Hadhramaut, Yaman ke Salalah, Oman.
Dijangka 98 rakyat Malaysia dari Salalah akan tiba Selasa dengan 52 orang akan menaiki QR844 dari Doha ke KLIA dan dijangka tiba pada 8.25 pagi manakala 46 orang lagi akan menaiki QR852 dan tiba pada 8.50 malam.
Sementara itu, pelajar jurusan agama Islamiah, Abdul Muiz Abdul Rahim, 21, berkata beliau dan rakannya terpaksa pulang ke Malaysia berikutan tiada jaminan keselamatan daripada tenaga pengajarnya.
"Saya antara 90 pelajar Malaysia yang tidak pulang apabila pergolakan di Yaman pada tahun lalu kerana keadaan di sana pada ketika itu tenang.
"Walaupun keadaan di Seiyun terkawal masa ini, tetapi keadaan di Al Mukalla dah mula terkesan akibat pergolakan di Aden sehingga pengajar kami menasihatkan kami pulang," katanya sambil menambah terpaksa mengambil masa empat tahun lagi untuk menamatkan pengajian.
Setakat ini, kerajaan telah membawa pulang 330 rakyat Malaysia, termasuk 70 rakyat Malaysia yang tiba Isnin malam, sejak 7 April berikutan perang saudara yang semakin meruncing di Yaman.
Bernama
Mon Apr 13 2015

Bapa pelajar di Yaman, Azizan Mohamad Shariff meneliti kaki anaknya, Amirul Daniel Hafiz, 15 yang membengkak akibat duduk di dalam bas terlalu lama iaitu selama 36 jam dari Tarim ke Oman. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.