Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mengemukakan 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan dua syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, 17 syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan dan 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.
"Sebagaimana lazim, ketua jabatan berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, mengandungi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk tahun yang sama.
Ia dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Madinah berkata laporan Ketua Audit Negara kali ini antara lain mengandungi pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutuan, prestasi hasil kutipan kerajaan persekutuan, pengauditan pengurusan kewangan (indeks akauntabiliti) serta pengauditan prestasi terhadap program dan aktiviti kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Beliau berkata hasil Kerajaan Persekutuan pada 2016 berjumlah RM212.421 bilion berbanding RM219.089 bilion pada 2015. Kutipan hasil menunjukkan trend penurunan berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Mengenai penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan, sebanyak 25 kementerian, 18 jabatan persekutuan, 38 badan berkanun persekutuan, 138 kementerian/jabatan negeri, 41 badan berkanun negeri, 41 pihak berkuasa tempatan dan enam Majlis Agama Islam telah diaudit.
Bagi pengauditan prestasi terhadap program/aktiviti/projek kerajaan, Madinah berkata sebanyak 63 pengauditan prestasi dan 21 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri, merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan, hasil dan pengurusan syarikat.
Selain itu, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan laporan maklum balas mengenai laporan itu yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan terhadap isu yang dilaporkan, kata beliau.
Menurut Madinah, sebanyak 187 daripada 307 kementerian, jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan, kementerian/jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam mendapat penarafan cemerlang (5 bintang).
"Sebanyak 25 kementerian memperoleh penarafan cemerlang berbanding 15 kementerian pada 2015," kata beliau.
Madinah berkata kandungan laporan itu berserta sinopsisnya boleh dilayari di laman sesawang Jabatan Audit Negara.
Katanya satu sesi bersama media mengenai Laporan Ketua Audit Negara akan diadakan Khamis (3 Ogos) di Auditorium Kompleks C, Putrajaya pada 12 tengah hari, yang akan dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan ketua-ketua setiausaha kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017
![353 syor dikemuka dalam laporan Ketua Audit Negara Siri 1 353 syor dikemuka dalam laporan Ketua Audit Negara Siri 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71501472433_LaporanKetuaAudit.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mengemukakan 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri. - Gambar fail
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Baki RM312.22 juta tunggakan pinjaman pembangunan tanah peserta telah ditukar status - Felcra Baki RM312.22 juta tunggakan pinjaman pembangunan tanah peserta telah ditukar status - Felcra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592929555_FELCRA.jpg)
Baki RM312.22 juta tunggakan pinjaman pembangunan tanah peserta telah ditukar status - Felcra
Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam Felcra, termasuk jumlah RM312.22 juta itu, diluluskan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.
![Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/41547690696_DrAhmadMartadhaMo.jpg)
Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis
Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan sebarang projek kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.
![LKAN: Tadbir urus TH Hotel & Residence, TalentCorp kurang memuaskan LKAN: Tadbir urus TH Hotel & Residence, TalentCorp kurang memuaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598257323_DatukNikAzman.jpg)
LKAN: Tadbir urus TH Hotel & Residence, TalentCorp kurang memuaskan
Nik Azman berkata, sebuah syarikat lagi dalam senarai sama ialah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
![Laporan Audit Negara berhubung 1MDB dipinda Laporan Audit Negara berhubung 1MDB dipinda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531793782_Parlimen.jpg)
Laporan Audit Negara berhubung 1MDB dipinda
Perkara berkenaan didedahkan oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur), yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal RMK11.
![PAC sangkal dakwaan ia tiada 'taring' PAC sangkal dakwaan ia tiada 'taring'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71380622682_295x200.jpg)
PAC sangkal dakwaan ia tiada 'taring'
PAC menyangkal dakwaan bahawa ia tidak mempunyai 'taring' dalam memastikan kerajaan mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.
![175 pegawai kerajaan disiasat, 85 bersalah 175 pegawai kerajaan disiasat, 85 bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51415803105_295x200.jpg)
175 pegawai kerajaan disiasat, 85 bersalah
85 daripada 175 pegawai kerajaan didapati bersalah atas kecuaian mematuhi prosedur, salah guna kuasa dan penipuan.
![Laporan Ketua Audit Negara: Pendirian PAC langkah proaktif, kata Razali Laporan Ketua Audit Negara: Pendirian PAC langkah proaktif, kata Razali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71396954506_295x200.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara: Pendirian PAC langkah proaktif, kata Razali
Pendirian PAC mahu memanggil kementerian berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 satu langkah proaktif tangani isu berbangkit.
![MB Negeri Sembilan puas hati Laporan Ketua Audit Negara MB Negeri Sembilan puas hati Laporan Ketua Audit Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71396954506_295x200.jpg)
MB Negeri Sembilan puas hati Laporan Ketua Audit Negara
Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat laporan itu pada keseluruhannya memuaskan dengan hanya terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.
![Penjawat awam mesti ubah sikap elak ketirisan Penjawat awam mesti ubah sikap elak ketirisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71396954506_295x200.jpg)
Penjawat awam mesti ubah sikap elak ketirisan
Jika setiap penjawat awam mengamalkan sikap integriti dan amanah dalam menjalankan tugas, ketirisan mungkin dapat dikurangkan.
![Beberapa kes dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 disyor untuk pendakwaan Beberapa kes dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 disyor untuk pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41380606026_295x200.jpg)
"Beberapa kes" dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 disyor untuk pendakwaan
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesyorkan beberapa kes yang telah didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan di mahkamah