KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 lokaliti di Pahang, Kelantan, Johor, Sarawak dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 29 Julai hingga 11 Ogos.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata PKPD di semua lokaliti tersebut dilaksanakan setelah kerajaan meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan menilai risiko serta trend jangkitan COVID-19.
Beliau memaklumkan, PKPD di Sabah membabitkan 11 lokaliti di Kota Kinabalu, Penampang (lapan), Beaufort (empat).
Di Kota Kinabalu, lokaliti terbabit ialah Bandar Sierra; Kampung Unggun; Kampung Kalasanan; Lorong Cina 1, 2 dan 3; Kampung Tebobon; Plaza Kingfisher; Polytechnic Commercial Centre; Kampung Pulau Penampang; Bandaran Segama; Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.
Di Penampang membabitkan Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.
Di Beaufort pula, empat lokaliti membabitkan Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna manakala tiga lokaliti di Tawau adalah Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah.
"Sementara itu di Sarawak, satu PKPD dilaksanakan di Kinabatangan, membabitkan Perumahan Ladang Tinabau manakala di Kuching, tiga lokaliti terbabit PKPD adalah Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air.
"PKPD di Johor pula adalah Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana di Kluang; Kampung Pertanian, Kulai dan Kampung Separa di Mukim Senai.
"Satu lokaliti di Maran, Pahang terbabit PKPD adalah Felda Jengka 7 selain Ladang Kerilla dekat Tanah Merah, Kelantan," katanya dalam kenyataan harian perkembangan PKP pada Selasa.
Selain itu Hishammuddin juga memaklumkan PKPD yang dilaksanakan sejak 15 Julai lalu membabitkan tiga lokaliti di Sabah dan masing-masing satu di Pahang, Sarawak dan Selangor akan ditamatkan esok.
Katanya, ia membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan; Kampung Telaga dan Kampung Pituru masing-masing di Pitas; Felda Jengka 8, Jerantut dan Kampung Jagoi Duyoh, Kuching.
Beliau berkata, Taman Samudera, Mukim Batu dekat Gombak yang dikenakan PKPD sejak 18 Julai lalu juga akan ditamatkan esok, lebih awal dari jadual asal iaitu pada akhir bulan ini.
Astro Awani
Tue Jul 27 2021

Hishammuddin juga memaklumkan PKPD dilaksanakan sejak 15 Julai lalu membabitkan tiga lokaliti di Sabah dan masing-masing satu di Pahang, Sarawak dan Selangor akan ditamatkan esok. - Gambar fail

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.