KUANTAN: Sebanyak 334 usahawan mikro negeri ini terpilih menerima geran i-TEKAD berjumlah lebih RM1 juta bagi membantu mereka membeli aset untuk mengembangkan perniagaan.
Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad Zaharuddin Alias berkata geran berjumlah RM1.67 juta telah dikeluarkan bagi membantu usahawan kumpulan B40 dan asnaf sehingga mereka berjaya dalam perniagaan dan menjadi antara pengeluar zakat.
"Pemilihan peserta terdiri daripada sektor makanan dan minuman, usahawan GIG dan usahawan Agro.
"Jumlah maksimum geran ini adalah sebanyak RM5,000 untuk tujuan membeli peralatan bagi membolehkan mereka menguruskan perniagaan dengan lebih baik di samping mendapat latihan yang dibayar oleh Bank Muamalat," katanya pada Majlis penyerahan sijil geran i-TEKAD Bank Muamalat kepada usahawan mikro terpilih di Karnival Celik Kewangan di sini, semalam.
Beliau berkata program i-TEKAD Bank Muamalat telah membantu 2,274 usahawan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM20.6 juta sejak 2020 hingga 2023.
Sementara itu, seorang penerima geran i-TEKAD Norfarhana Abd Mubin, 36, berkata pemberian itu sangat membantu untuk dia mengembangkan lagi perniagaan kedai haiwan yang diceburi sejak 2016.
"Sebelum ini, kedai haiwan saya hanya melibatkan pengurusan kucing, hotel dan spa. Melalui bantuan ini, saya berhasrat untuk meningkatkan lagi perkhidmatan perniagaan dengan membuka kafe pula.
"Melalui geran ini, dapat membantu saya membeli mesin yang diperlukan untuk membuka kafe," katanya.
Seorang lagi usahawan yang turut menerima geran, Mohamad Razarul Airifin Abdul Razak, 35, berkata dia dapat memberi sebuah mesin berharga RM5,000 seperti diidamkannya selama ini untuk perusahaan produk krafnya sekali gus dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pendapatan.
Selain geran i-TEKAD, penerima turut diberi latihan berkaitan pengurusan, pasaran dan kemahiran dalam tempoh enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Zaharuddin berkata program i-TEKAD Bank Muamalat telah membantu 2,274 usahawan di seluruh negara. - Foto BERNAMA
Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.
Lelaki tiba-tiba hidup semula sebelum jasad dibakar
Sebelum api dinyalakan, tubuh Kumar bergerak secara tiba-tiba. Dia kembali hidup dan bernafas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
1. Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
2. Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
3. Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
1. Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
2. Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
3. Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
AWANI Pagi: Malam Alumni Universiti Malaya 'Jejak Memori'
Malam Alumni Universiti Malaya 'Jejak Memori' merupakan acara penuh nostalgia yang menghimpunkan para alumni dari pelbagai generasi untuk mengenang kembali detik-detik indah di kampus yang telah membentuk perjalanan hidup mereka. Dilaksanakan di Dewan Tunku Canselor yang bersejarah dan penuh nostalgia pada 17 Disember 2024, malam ini menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan. Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Duta Malaysia dirai naik tuk-tuk sempena berakhirnya tempoh diplomatik yang cemerlang
Acara unik pada majlis perpisahan itu bagi menghormati sumbangan Samuel dan meraikan tempoh perkhidmatannya yang berkesan di Bangkok.
Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau dan banyak perkara yang dipelajari darinya sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
"Dia ada 'style' tersendiri dan ada aura-aura yang unik" - Manan Ngah
Manan Ngah turut menambah Allahyarham mempunyai keunikan dalam mencipta sesebuah karya yang menjadikan level beliau naik bersama karya ciptaannya. Ciri-ciri lagunya yang ala-ala muzik hindustan membuatkan beliau berada di 'par' yang tersendiri.
"Beliau seorang ikon yang handal dan menonjol bermula era 70-an" - Manan Ngah
Perkongsian seorang Komposer Lagu, Manan Ngah tentang hubungan sahabat dan juga pesaing Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab dalam industry muzik tanah air.
Serangan Israel hantar mesej tolak perdamaian - Najib
Mesej disampaikan Israel jelas tertulis pada darah rakyat Lubnan iaitu menolak langkah perdamaian dibincangkan.
EPL: Seri dengan Ipswich Town, Amorim berang Man Utd kerap fikir panjang
Bekas pengendali Sporting CP itu percaya bahawa anak buahnya terlampau berfikir panjang sepanjang aksi berlangsung.
#MusaadahCOVID-19: RM196.3 juta disalurkan kepada 10 kelompok sasar - Dr Zulkifli
Sebanyak RM196.3 juta telah disalurkan kepada 10 kelompok sasar termasuk golongan asnaf setakat Mei di seluruh negara menerusi program #MusaadahCOVID-19.