KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 notis dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitkan kompaun berjumlah RM11,250.
Ketua Sektor Kawalan Tembakau KKM Dr Noraryana Hassan berkata kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu dikeluarkan menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan larangan merokok ke atas 13 premis yang diperiksa di sekitar ibu negara, malam tadi.
Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 21 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 11(1) PPKHT iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan baki 12 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran peraturan 12(1)(a) iaitu tanggungjawab pemilik atau pengusaha tempat makan mempamerkan tanda larangan merokok.
"Operasi ini menumpukan kepada pembanterasan aktiviti menghisap shisha yang juga jatuh di bawah kategori merokok dilihat semakin dipandang enteng oleh masyarakat.
"Saya rasa ramai yang mungkin alpa dan berfikir merokok itu hanya tertumpu kepada rokok konvensional dan rokok elektronik sahaja.
"Mereka mungkin lupa bahawa menghisap shisha di tempat-tempat larangan termasuklah di tempat makan juga adalah satu kesalahan," katanya kepada pemberita.
Operasi bersepadu itu berlangsung selama kira-kira empat jam bermula 8 malam tadi disertai 65 anggota dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Nor Halizam Ismail berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan lesen membenarkan penyediaan perkhidmatan shisha kepada mana-mana premis dan menegaskan kompaun sehingga RM2,000 akan dikeluarkan kepada mana-mana premis yang gagal mematuhi syarat lesen.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Sebanyak 33 notis dikeluarkan KKM kepada individu dan pemilik premis atas pelbagai kesalahan merokok membabitkan kompaun berjumlah RM11,250.-Gambar fail/Bernama
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki
Kementerian Kesihatan mahu meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus seiring keperluan sektor kejururawatan dan perkembangan teknologi .
Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.
KKM rancang digitalkan buku derma darah - KP Kesihatan
Melalui aplikasi itu, penderma darah dapat mengakses rekod pendermaan mereka dengan lebih mudah dan pantas.
KKM teliti kesediaan 95 hospital swasta bekerjasama perkasa akses kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang menyenarai pendek hospital yang bakal terlibat dalam kerjasama awam-swasta bagi memperkasakan sektor penjagaan kesihatan dalam negara.
Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman
Projek menaik taraf 403 klinik kesihatan di negara ini yang dikenal pasti sebagai klinik daif menunjukkan perkembangan positif.
KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 2,643 kes kemalangan di tempat kerja dalam kalangan warga kerjanya pada tahun lepas.