IPOH: Seramai 32,376 pelajar di Perak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang bermula hari ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 108 orang merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan dan Perancangan Jabatan Pendidikan Perak, Rahimah Mohamed.
Pelajar CBPK tersebut membabitkan kategori masalah pembelajaran seramai 27 orang, kurang upaya pelbagai (14), kurang upaya pertuturan (2), kurang upaya fizikal (33), kurang upaya pendengaran (15) dan kurang upaya penglihatan (17).
"Pada tahun ini juga seramai tiga calon menduduki SPM di hospital iaitu dua calon di Hospital Raja Permaisuri Bainun serta seorang lagi di Hospital Gerik.
"Saya dimaklumkan ketiga-tiga calon ini terlibat dengan kes denggi, apendiks serta kanser darah," kata Rahimah kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson di sini.
Katanya, daripada 32,376 calon, 28,716 adalah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Sementara itu, baki calon adalah di bawah agensi kerajaan iaitu MRSM/ MTD/Sekolah Perantis Tentera (1,428), sekolah menengah agama negeri (93), cswasta yang berdaftar dengan KPM( 262), persendirian (1,656) dan sekolah menengah agama rakyat 581.
Tambahnya, bagi memastikan peperiksaan SPM negeri Perak berjalan lancar, seramai 2,726 orang petugas telah dilantik.
Astro Awani
Mon Feb 20 2023
Sebahagian daripada calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, yang menduduki peperiksaan bertulis mulai hari ini. Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Lebih 83,000 pelajar bakal terima manfaat Program Anak Kita - Fadhlina
Program itu merupakan salah satu keutamaan kerajaan, dengan fokus kepada Reformasi Pendidikan.
Ini bukan masanya untuk perkenal semula peperiksaan - CEO Untuk Malaysia
Ketika ini bukan masanya untuk memperkenalkan peperiksaan baharu bagi murid Darjah 6 dan Tingkatan 3.
Kelayakan minimum perkhidmatan awam dinaikkan kepada SPM
Sebanyak 11 skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk PT3 atau PMR akan dinaik taraf kepada skim perkhidmatan berkelayakan SPM.
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM dorong murid tamat persekolahan
Keputusan kerajaan untuk meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada SPM menjadi pendorong kepada murid untuk menamatkan persekohan.
Hektar REIT selesai ambil alih Kolej Yayasan Saad Melaka
Hektar REIT menyasarkan untuk menggandakan saiz portfolio kepada RM3.0 bilion menjelang 2027.
KPM saring semula data PAJSK calon SPM 2023 tercicir markah
KPM mengambil tindakan menyaring semula data PAJSK pelajar lepasan SPM 2023 yang tercicir markah.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi atau program KPT - KPM
KPM berkata tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM.