Ringkasan AI
- Sokongan terhadap pemindahan calon SPM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama sebagai langkah yang tepat.
- Tidak wajar dipolitikkan: Anwar menegaskan bahawa isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan oleh pembangkang kerana langkah tersebut membantu pelajar menumpukan pelajaran dan meningkatkan prestasi mereka.
- Manfaat penempatan di asrama: Penempatan di asrama membantu pelajar belajar setiap hari dengan bimbingan guru dan rakan, meskipun Anwar tidak mengharapkan bencana berlaku setiap tahun.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu ini tidak wajar dipolitikkan pembangkang kerana langkah sedemikian bukan perkara baharu dalam menyelesaikan isu pelajar terkandas akibat banjir
Malah, beliau menganggap penempatan calon SPM berkenaan ke asrama sebenarnya membantu mereka menumpukan pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
“Kalau imbas rekod dalam kalangan pelajar yang pernah lalui situasi ini, keputusan peperiksaan mereka lebih baik. Apabila mereka ditempatkan di asrama, mereka pasti akan belajar setiap hari. Di asrama ada guru akan datang dan mereka diberikan kerja rumah dan ada rakan yang komited ulangkaji pelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Rabu.
Bagaimanapun, Anwar menjelaskan, sokongannya dalam isu ini tidak bermakna beliau mengharapkan bencana sedemikian berlaku setiap tahun sebaliknya ingin menyatakan ada hikmah di sebalik keputusan KPM.
"Saya hanya bicara soal idea itu bukanlah isu terlalu buruk. Ya, sudah tentu buku dan pen rosak dan itulah topik yang menjadi isu besar dibangkitkan pembangkang.
"Saya mahu ingatkan pembangkang bahawa ini adalah peperiksaan lisan. Anda tidak perlu buku dan pen seperti apa yang pembangkang kata. Nama pun lisan, maksudnya lisanlah,” ujarnya.