KUALA LUMPUR: Sebanyak 300 kanak-kanak warga asing berumur di bawah 10 tahun ditempatkan di tiga pusat jagaan Baitul Mahabbah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Baitul Mahabbah itu terletak di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut terdiri daripada mereka yang lahir di depot imigresen atau ditinggalkan oleh ibu bapa masing-masing sewaktu operasi JIM dijalankan.
"Atas dasar perikemanusiaan, kita jaga kanak-kanak ini di depot dan diasingkan menerusi Baitul Mahabbah.
"Kesemua mereka berpeluang mengikuti kelas seperti mengenal huruf dan dikendalikan pihak JIM dalam suasana yang kondusif," katanya dalam sidang media pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Warga JIM di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata kementeriannya menerima peruntukan RM10 juta untuk mengubah suai premis yang bersesuaian bagi tujuan menambah bilangan Baitul Mahabbah di Kelantan, Johor dan Kedah.
"KDN (Kementerian Dalam Negeri) akan memanfaatkan premis sedia ada untuk diubah suai sebagai Baitul Mahabbah yang baharu," katanya.
Sementara itu, beliau berkata setakat Mac lepas JIM merekodkan 13,530 tahanan di depot imigresen dan Baitul Mahabbah seluruh negara dengan 9,438 tahanan lelaki, wanita (2,696), kanak-kanak lelaki (772) dan kanak-kanak perempuan (624).
"Daripada jumlah keseluruhan tahanan itu, warga Indonesia paling ramai iaitu 3,375 orang, Filipina (3,345) dan etnik Rohingya (2,653)
"Diikuti dengan warga Myanmar sebanyak 1,988 orang, Bangladesh (719), Thailand (340) dan selebihnya warga China, India, Vietnam, Nepal, Pakistan serta Kemboja," katanya.
Terdahulu, Saifuddin Nasution meninjau Depot Imigresen Bukit Jalil bagi memantau aspek keselesaan dan memastikan penjagaan tahanan dengan sifat kemanusiaan.
Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Saifuddin Nasution (tiga, kiri) bercakap pada sidang media majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Warga JIM bersama Menteri Dalam Negeri di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 5 Apr 2024. Turut hadir, Ruslin (tiga, kanan). --fotoBERNAMA
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua lagi Baitul Mahabbah bakal dibuka
Kerajaan akan membuka dua lagi pusat jagaan Baitul Mahabbah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) khusus untuk kanak-kanak warga asing berumur di bawah 10 tahun.
300 kanak-kanak warga asing ditempatkan di tiga Baitul Mahabbah
Baitul Mahabbah itu terletak di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.
2 lagi Baitul Mahabbah untuk kanak-kanak warga asing diwujudkan tahun depan - Saifuddin
Dua lagi Baitul Mahabbah atau penempatan khas sementara kanak-kanak warga asing seliaan Jabatan Imigresen bakal diwujudkan masing-masing satu di Kelantan dan Sarawak tahun depan.
KDN akan segerakan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan
Pada masa ini proses itu telah melepasi sesi perbincangan di peringkat Jemaah Menteri serta dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
KDN buka Baitul Mahabbah, pusat perlindungan sementara kanak-kanak warga asing
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuka penempatan sementara iaitu Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di depot imigresen.
Kanak-kanak warga asing di Seoul terima bantuan yuran pendidikan bermula Mac
Hanya kanak-kanak warga asing berdaftar yang berumur antara tiga dan lima tahun layak menerima bantuan itu.