Banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Daerah Hulu Terengganu sejak pagi pada Ahad bukan sahaja menjejaskan penduduk, malah membantutkan aktiviti percutian pelancong dari luar.
Di Kampung Pasir Dula, lima keluarga dari utara tanah air terpaksa menghabiskan tempoh sehari percutian mereka di masjid selepas jalan keluar utama ke bandar Kuala Berang terputus setelah dinaiki air kira-kira satu meter.
Seorang pelancong, Shaarani Ismail, 40, berkata beliau bersama isteri serta empat anaknya sudah lama merancang untuk bercuti di Terengganu sempena musim cuti sekolah.
Bagaimanapun ketika sampai di Kampung Pasir Dula kira-kira jam 3 petang semalam, penduduk memaklumkan bahawa jalan keluar sudah tidak boleh dilalui kerana air naik secara mendadak.
"Saya pernah bertugas di Terengganu 10 tahun dahulu sebelum ditukar ke tempat asal Perak. Jadi sambil melancong saya juga nak ambil kesempatan melawat bekas pengasuh anak-anak yang tinggal di Seberang Takir.
"Cadangnya nak tinggal dua hari di Terengganu dan inap desa pun sudah ditempah, tetapi nampaknya masa sehari dah terbuang begitu sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Shaarani berkata bagaimanapun beliau berasa lega kerana dengan bantuan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), mereka sekeluarga dibenarkan menumpang di rumah salah seorang penduduk kampung.
"Tadi memang fikir nak tidur di masjid sahaja kalau tak dapat keluar. Tapi mujurlah ada MPKK yang datang tawarkan bantuan selepas tengok kami terkandas di sini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Pasir Dula, Ton Mohd Azmi Ton Busu, 48, berkata kira-kira 30 pelancong dari lima keluarga ditempatkan di rumah penduduk kampung sementara menunggu air surut.
Menurut beliau, tiga keluarga berasal dari Perak manakala dua lagi dari Pulau Pinang.
"Saya dimaklumkan oleh penduduk petang tadi mengenai pelancong dari luar yang terkandas dan mereka berpusat di masjid. Jadi kita bantulah apa yang patut dan harap-harapnya air surut esok pagi supaya mereka boleh meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
Penduduk membersih rumah selepas dilanda banjir ekoran hujan lebat di Kampung Raja di Besut, 1 Dis, 2019. --fotoBERNAMA/Hiasan
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.