KUALA LUMPUR : 30 hingga 40 peratus sekolah di pedalaman negara ini dikenal pasti masih belum mempunyai jaringan internet yang stabil.
Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir menjelaskan, justeru kerajaan perlu memberi perhatian kepada isu berkenaan termasuk mengkaji pelaksanaan dasar 5G.
Zul Fikri berkata, ketika ini, sekolah-sekolah pedalaman terbabit hanya menggunakan internet melalui Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) yang memerlukan bayaran kos bulanan yang tinggi.
Malah katanya, kos untuk meletakkan VSAT di sesebuah sekolah boleh mencapai antara RM1,000 hingga RM20,000 sebulan.
"Sebelum ini kita sudah ada 1Bestari, sekarang kita sudah 10 tahun terlewat. Keduanya, kita ada lebih 10,000 sekolah. Kalau kita nak bercakap mengenai pendigitalan sekolah ini kita kena bahagikan kepada tiga kategori yang sangat penting.
"Buat masa ini kategori sekolah bandar tidak ada masalah sangat sebab sekolah boleh pilih sendiri operator. Cuma sekarang ini masalahnya ialah sekolah di semi pedalaman dan pedalaman. Sebab daripada 10,000 sekolah itu, kita ada 30 ke 40 peratus sekolah pedalaman yang hanya guna VSAT," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Kementerian Pendidikan siapkan kertas kerja tingkat internet sekolah - Radzi
Ujarnya, selain sebagai pusat pendidikan, sekolah sepatutnya digunakan sebagai "hotspot" untuk masyarakat berhubung dengan dunia luar.
Justeru, katanya kerajaan perlu lebih proaktif dengan menghubungi kawasan-kawasan dan penyedia-penyedia syarikat telekomunikasi bagi menambah baik rangkaian internet di sekolah.
"Syarikat telekomunikasi kadang dia menunggu kerajaan (bertindak), dan kerajaan juga menunggu syarikat telekomunikasi untuk datang kepada mereka. Ini yang kita kena duduk bersama dan berbincang sebab kira tak mahu perkara yang 10 tahun lepas sudah berlaku akan berulang semula. Kita tak mahu lagi kita bercakap tentang soal ini pada tahun 2032 pula nanti," ujarnya lagi.
Rahimah Abdullah
Sun Jun 12 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir berkata selain sebagai pusat pendidikan, sekolah sepatutnya digunakan sebagai "hotspot" untuk masyarakat berhubung dengan dunia luar. - Gambar fail
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Ranking sekolah: 'KPM sepatutnya simpan sendiri, bukan pertontonkan' - Untuk Malaysia
KPM dicadang agar tidak mendedahkan ranking prestasi sekolah terutama ketika pengumuman analisis peperiksaan.
30 ke 40 peratus sekolah pedalaman belum ada internet stabil - Untuk Malaysia
30 hingga 40 peratus sekolah di pedalaman dikenal pasti masih belum mempunyai jaringan internet yang stabil.
Isu pelajar tercicir perlu penglibatan NGO, badan korporat - Untuk Malaysia
Zul Fikri percaya jumlah sebenar pelajar yang tercicir adalah jauh lebih ramai daripada apa yang dilaporkan
Geran Adiguru: RM30,000 berjaya dikumpul bantu pelajar B40
Bantuan aplikasi komputer riba dan telefon pintar mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan guru menerusi Projek Khas Geran Adiguru.
Kaji semula dasar yang libatkan subjek bahasa Inggeris - TFTN
Sejak syarat lulus MUET dibangkitkan dalam pembentangan Bajet 2015, isu ini hangat diperkatakan di pelbagai peringkat.
Sasha Saidin sertai 'Teach For The Needs'
Bekas anggota kumpulan penyanyi Elite, Sasha Saidin menggunakan pengalaman kerjayanya bagi menjayakan program 'Teach for the Needs' menerusi tadika miliknya.