Sebanyak 3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis dan jumlah itu semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan yang dilaksanakan menerusi program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).
"Jika kita perhatikan, walaupun tidak makan benda manis, ramai antara kita yang cenderung mengambil minuman manis sama ada tin atau botol, yang semuanya tinggi kandungan gula.
"Kita mahu menggalakkan masyarakat agar menukar gaya pemakanan 'suku suku separuh' serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjalan 10,000 langkah sehari, berjoging, mendaki, berbasikal dan sebagainya," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pahang (Zon Barat) di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Bentong di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Kesihatan negeri Dr Sha'ari Ngadiman.
Dr Hilmi turut mengingatkan mereka yang menjual produk makanan tambahan untuk tidak mempromosi kononnya ia boleh mengubati penyakit kronik kerana perkara itu perlu dibuktikan terlebih dahulu menerusi kajian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2018
Semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
Isu pengeluaran di fasiliti tempatan punca bekalan insulin manusia terjejas - KKM
Bekalan insulin manusia di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) yang terjejas baru-baru ini adalah disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan, demikian menurut kementerian itu.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.
Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.
Regency Specialist Hospital bakal anjurkan kempen saringan diabetes
Sasar 3,000 penyertaan dan usaha untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.