KUALA LUMPUR: Seramai 279,023 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dos suntikan vaksin mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata bagi tempoh sama, seramai 508,481 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini sebanyak 787,504.
Menerusi infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 71,403 diikuti Sarawak (52,157), Perak (50,334), Sabah (46,459) dan Kuala Lumpur (44,925).
Sementara itu, lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 34,716 individu, Perak (29,412), Kuala Lumpur (26,637), Sarawak (26,600) dan Sabah (24,737).
Mengenai jumlah pendaftaran program imunisasi itu, sebanyak 7,808,785 atau 32.20 peratus direkodkan dalam tempoh sama dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 2,132,502 pendaftaran.
Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU) manakala fasa ketiga dijadualkan bermula Mei 2021 hingga Februari 2022 membabitkan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 13.7 juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 04 2021
Dr Adham berkata bagi tempoh sama, seramai 508,481 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini sebanyak 787,504. -Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.
MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.
Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.
MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.
MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.
Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham
Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.
100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini
MakersLab adalah pusat untuk komuniti pembawa perubahan berkumpul, berkongsi buah fikiran serta menjalankan eksperimen.
Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental
Ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.