KUALA TERENGGANU: Sebanyak 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan malam ini memaklumkan kejadian yang berlaku pada 4 petang itu menyebabkan kesemua rumah yang terbabit mengalami kerosakan di bahagian bumbung.
"Kawasan yang paling terjejas adalah di Kampung Bukit Kolam yang menyaksikan sebanyak 20 rumah mengalami kerosakan, Kampung Baru Ajil sebanyak tiga rumah, Kampung Bukit Diman sebanyak dua rumah dan sebuah rumah di RAKR (Rumah Awam Kos Rendah) Tok Randok," menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu turut memberitahu tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
![26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655308714_TBribut.jpg)
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini. - Gambar/ FB Info Bencana Terengganu
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![25 rumah, kedai rosak teruk dilanda ribut di Marang 25 rumah, kedai rosak teruk dilanda ribut di Marang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667220258_RIBUTMARANG.jpg)
25 rumah, kedai rosak teruk dilanda ribut di Marang
Sebanyak 25 buah premis termasuk kediaman serta kedai di sekitar Bukit Payong di sini, rosak teruk selepas dilanda ribut petang ini.
![26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655308714_TBribut.jpg)
26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut
Sebanyak 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang tadi.