KUALA LUMPUR: Sebanyak 251 pusat pemberian vaksin (PPV), hospital, klinik kerajaan dan swasta disediakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi program vaksinasi COVID-19 termasuk untuk kanak-kanak yang bermula esok.
Pengarah JKNS, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, semua pihak yang terlibat telah diberi latihan dan pengendalian cara pemberian vaksin kepada kanak-kanak sebagai persiapan.
Menurutnya, bekalan vaksin jenis Pfizer untuk kanak-kanak di Sabah adalah mencukupi.
"JKNS telah membuat persiapan dengan membuka 251 ppv termasuk hospital, klinik kerajaan dan swasta di seluruh Sabah. Kami memberi latihan kepada semua anggota terlibat dalam PPV ini bagaimana cara pemberian vaksin kepada kanak-kanak melalui dalam talian.
"Ia adalah untuk persiapan supaya mereka tahu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Dr Rose Nani berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Sabah sekiranya ada sekolah yang memohon untuk pemberian vaksin di sekolah.
"Semua itu adalah mengikut permintaan contohnya sekolah swasta yang ingin kami (JKNS) datang memberi vaksin ke sekolah mereka, kami bersedia," katanya.
Selain itu, Dr Rose Nani berkata, mana-mana ibu bapa yang belum mendaftar anak masing-masing diingatkan tidak perlu bimbang kerana mereka boleh walk-in ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan vaksin.
"Pendekatan kami sekiranya ibu bapa datang ke mana-mana PPV yang tersenarai di laman web JKNS, mereka boleh mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka walaupun tanpa temu janji," katanya.
Astro Awani
Wed Feb 02 2022

Dr Rose Nani berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Sabah sekiranya ada sekolah yang memohon untuk pemberian vaksin di sekolah.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

FDA lulus vaksin COVID-19 untuk cegah Omicron bagi kanak-kanak seawal 6 bulan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.

COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS
Vaksin tersebut perlu diberi kepada kanak-kanak berumur seawal enam bulan hingga empat tahun.

PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.

1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam
Sejumlah 1,728,942 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,596,416 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

PICKids: KPLB aktifkan semula pasukan khas di perkampungan Orang Asli
Ia bagi memberi galakan dan penerangan kepada kanak-kanak Orang Asli untuk menerima vaksin menerusi PICKids.

Lebih 22,000 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sejumlah 1,351,441 kanak-kanak 5-11 tahun (38 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik - KKM
Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19, kata Kementerian Kesihatan.