NEW YORK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.
Menurut laporan Agensi Berita Jerman dpa yang memetik FDA, kanak-kanak di bawah umur lima tahun dibenarkan untuk menerima suntikan dos penggalak bivalen.
"Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga yang layak untuk mempertimbangkan terutama ketika menjelang musim cuti dan musim sejuk memandangkan lebih banyak masa dihabiskan dengan berada di dalam rumah," kata Pesuruhjaya FDA Robert M. Califf pada Khamis.
Menurut beliau, memandangkan virus itu telah berubah, kesedaran orang ramai terhadap perkembangan terkini mengenai vaksin COVID-19 akan memberi banyak manfaat kepada lebih ramai individu, keluarga dan kesihatan awam.
"Ia membantu mencegah penyakit yang teruk, kemasukan ke hospital, dan kematian," kata beliau.
Kelulusan terbaharu AS itu termasuk bivalen yang dihasilkan Pfizer dan Moderna. Di bawah garis panduan baharu, kanak-kanak yang telah menerima dua suntikan awal vaksin Moderna boleh mendapat satu suntikan dos penggalak bivalen.
Kanak-kanak yang belum mendapat dos ketiga vaksin Pfizer kini akan diberi penggalak bivalen tetapi mereka yang telah menerima tiga suntikan masih belum layak menerima suntikan yang dikhususkan untuk Omicron, kata FDA.
"Vaksin kekal sebagai benteng pertahanan terbaik terhadap kesan teruk seperti kemasukan ke hospital dan kematian yang disebabkan varian Omicron yang masih menular," kata Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA Peter Marks.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

FDA berkata kanak-kanak di bawah umur lima tahun dibenarkan untuk menerima suntikan dos penggalak bivalen itu. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

FDA lulus vaksin COVID-19 untuk cegah Omicron bagi kanak-kanak seawal 6 bulan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.

AS lulus ubat baharu tangani diabetes jenis 1
Tzield bertindak balas terhadap sistem imun tertentu dan melambatkan perkembangan ke tahap tiga bagi diabetes jenis satu.

Moderna minta FDA luluskan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah 6 tahun
Vaksin dua dos itu dilaporkan 51 peratus berkesan terhadap jangkitan varian Omicron pada bayi berumur enam bulan hingga dua tahun.