KUALA LUMPUR:Sebanyak 25 usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disenaraikan dalam sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14, yang akan bermula 2 November hingga 15 Disember, 2020.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, ia bagaimanapun disenaraikan di peringkat bawahan, iaitu nombor 19 ke bawah.
Antara Ahli Parlimen yang akan dijadualkan akan membentangkan usul itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), Datuk Azis Jamman (Sepanggar), dan Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang).
Usul tersebut berbunyi – “"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi Kawasan (Parlimen pembentang) untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“.. mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh Tidak Mempunyai Keyakinan Majoriti Ahli Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat".
Secara keseluruhan, pembentang usul dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) seramai lima orang, Parti Warisan Sabah (Warisan) tujuh orang, Parti Amanah Negara (Amanah) sebelas orang, Parti Tindakan Demokratik (DAP) seorang, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang.
Selain itu, dua usul undi percaya terhadap Perdana Menteri turut disenaraikan, iaitu dari Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Putih), dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau).
Dalam usulnya Shahidan berkata, Perdana Menteri telah menunjukkan kemampuan kepimpinan yang amat cemerlang dalam menangani pandemik COVID-19, serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat dengan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
“Bahawasanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah menggerakkan pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat pendemik COVID-19 dan mengambil tindakan yang tepat melalui inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
“Bahawasanya kejayaan ini akan menyerlahkan lagi kepimpinan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai pemimpin negara dengan ciri dan gaya kepemimpinan yang penyayang, prihatin dan dihormati rakyat,” menurut usul Ahli Parlimen Arau itu lagi.
Pada 25 September lepas, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah melalui sepucuk surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menggesa Dewan Rakyat mengutamakan Usul Tidak Percaya Dr Mahathir, terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Ku Li, yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin tidak membenarkan usul itu dibahaskan sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan.
Katanya, dengan cara itu perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.
Namun dalam aturan itu, tidak kelihatan usul tidak percaya dari Ku Li, mahupun mana-mana Ahli Parlimen UMNO atau Barisan Nasional yang sebelum ini mengkritik kepimpinan Perdana Menteri.
UMNO dalam dua mesyuarat Majlis Tertingginya iaitu pada 27 Oktober dan 29 Oktober, mengulangi ketetapan untuk menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.
BACA: Tun M jumpa Ku Li, bincang usul tidak percaya - Sumber
Firdaus Azil
Sat Oct 31 2020
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, ia bagaimanapun di senaraikan di peringkat bawahan, iaitu nombor 19 ke bawah. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Tolak MB itu lebih penting daripada bantu rakyat dalam kesusahan - Ahmad Faizal
Keputusan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menolak Menteri Besar dalam usul undi tidak percaya membuktikan bahawa menggugurkan pemimpin nombor satu di negeri itu lebih penting
Tiada usul soal jawab di Parlimen, PH hormati Yang di-Pertuan Agong - Anwar Ibrahim
Pakatan Harapan sepakat menghormati dan memuliakan institusi Yang di-Pertuan Agong yang dijadualkan bertitah pada sesi pembukaan penggal Parlimen.