PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Sept ini sebagai tarikh baharu untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan dalam kes masing-masing.
Tarikh baharu pendengaran itu dimaklumkan oleh Peguam Persekutuan Kanan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk mendengar rayuan tersebut.
Kes rayuan itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mariam Hasanah Othman hari ini.
Pada 28 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu dan Muhammad Shafee bagi menggugurkan Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, selaku TPR Kanan dalam kes masing-masing.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan oleh Peguam Negara (AG) ketika itu Tan Sri Tommy Thomas sebagai sah.
"Adalah jelas bahawa AG telah membuat pertimbangan yang teliti sebelum melantik Sri Ram sebagai TPR Kanan untuk mengetuai pendakwaan berkaitan skandal 1MDB berdasarkan pengalaman luas Sri Ram dalam bidang perundangan," kata Mariana ketika menolak permohonan Najib dan Muhammad Shafee.
Pada Disember 2018, Najib memfailkan semakan kehakiman bagi mengetepikan Sri Ram sebagai TPR Kanan dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan beliau.
Muhammad Shafee pula memfailkan semakan kehakiman bagi menggugurkan Sri Ram daripada kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang dihadapinya.
Mereka memohon perintah mahkamah bagi membatalkan pelantikan Sri Ram atau menggugurkan beliau atas alasan surat lantikan itu tidak sah.
Mereka juga mahu pengisytiharan bahawa wujud konflik kepentingan dalam pelantikan Sri Ram dan memohon satu perintah untuk melarang beliau daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes mereka termasuk mengenai rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
![23 Sept tarikh baharu pendengaran rayuan Najib, Shafee untuk gugurkan Sri Ram 23 Sept tarikh baharu pendengaran rayuan Najib, Shafee untuk gugurkan Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622714534_najibrazak.jpg)
Najib Razak dan Muhammad Shafee masing-masing fail semakan kehakiman bagi mengetepikan Sri Ram sebagai TPR Kanan dalam kes berkaitan 1MDB dan kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta. - Gambar fail
![Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723716849_TBNidzaAfham.jpg)
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham tidak menemui sebarang unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan
Najib Razak memfailkan bantahan awal terhadap tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda.
![Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722410912_TBNajib.jpg)
Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan
Pejabat Peguam Negara belum memutuskan mengenai representasi Najib bagi menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International.
![Mahkamah tolak permohonan Najib, anak lelaki tangguh prosiding bankrap Mahkamah tolak permohonan Najib, anak lelaki tangguh prosiding bankrap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692790501_NajibNazifuddin.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Najib, anak lelaki tangguh prosiding bankrap
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.
![Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
![Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680501625_NajibIrwan.jpg)
Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib dan Mohd Irwan Serigar supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dari tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion.
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687059960_TanSriNohOmar.jpg)
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719902869_TBNajibjpg.jpg)
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
![Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639648016_IsmeeIsmail.jpg)
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.