KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 ekor ular ditemui dalam bagasi berdaftar di Lapangan Terbang Chennai, India melalui penerbangan dari Kuala Lumpur, Jumaat lalu disahkan diseludup keluar serta berstatus 'check in baggage' dari negara ini.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi kenyataan berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan melibatkan 'hand carry baggage' sahaja.
Menurut kenyataan tersebut, bagasi berkenaan adalah berstatus 'check-in baggage' yang mana bagasi tersebut diterima oleh pihak syarikat penerbangan dan di bawah kawalan sepenuhnya oleh Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) (AVSEC).
"Bagasi penumpang yang berstatus 'check-in baggage' perlu didaftarkan di kaunter 'check-in bag’ di mesin pengimbas milik Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sebelum penumpang melalui kawasan pemeriksaan Imigresen dan Kastam.
"Apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan Kastam, bagasi atau beg yang diikrar sebagai 'hand carry baggage’ sahaja yang akan diperiksa oleh pegawai kastam," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, berkaitan dengan pemeriksaan bagasi berdaftar berstatus 'check-in baggage', JKDM dimaklumkan bahawa bagasi berdaftar ini diterima oleh pihak syarikat penerbangan dan diimbas oleh mesin pengimbas bagasi di bahagian 'in-line baggage screening'.
BACA: 22 ular dirampas daripada wanita yang tiba dari KL di Lapangan Terbang Chennai
"Pemeriksaan ini dijalankan di bawah kawalan dan seliaan sepenuhnya oleh Polis Bantuan MAHB (AVSEC) bagi memastikan keselamatan pesawat, kawasan lapangan terbang dan penerbangan yang mana lebih tertumpu kepada barangan berbahaya dan berisiko seperti senjata api, bom, peluru dan seumpamanya.
"Pengimbasan dan pemantauan imej semua bagasi dilakukan sepenuhnya oleh Polis Bantuan MAHB, KLIA yang bertugas dan hasil pemeriksaan tersebut akan disalurkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan," katanya.
Menurutnya, dalam kes ini, bagasi yang diseludup keluar adalah berstatus 'check-in baggage'.
Pada Jumaat, pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai.
Menurut Jabatan Kastam Chennai, penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia serta menemukan pelbagai spesies ular dan seekor kameleon atau sumpah-sumpah ketika melakukan pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 03 2023

Pada Jumaat, pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai. - Gambar/ Twitter Jabatan Kastam Chennai

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

22 ular dari KL dirampas di Lapangan Terbang Chennai berstatus 'check in baggage'
Sebanyak 22 ekor ular ditemui dalam bagasi berdaftar di Lapangan Terbang Chennai, India melalui penerbangan dari Kuala Lumpur, Jumaat lalu disahkan diseludup keluar serta berstatus 'check in baggage'.

CAAM pantau situasi insiden ular dalam pesawat AirAsia - Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, ia adalah untuk memastikan segala mitigasi risiko diuruskan sewajarnya.