PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Jun untuk memberi keputusan berhubung rayuan kerajaan yang memohon untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik.
Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim, menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili pihak masing-masing dalam dua kes kewarganegaraan selesai mengemukakan hujahan.
"Kami memerlukan lebih banyak masa untuk berbincang kerana kes ini penting dan melibatkan kepentingan awam," katanya.
Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Azizah Nawawi dan Datuk S. Nantha Balan mendengar dua kes rayuan iaitu melibatkan Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing serta satu lagi kes melibatkan seorang wanita yang lahir di luar negara yang ibunya adalah warga Malaysia.
Bagi kes pertama, kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Sept 2021 yang mengiktiraf anak kepada ibu Malaysia yang dilahirkan di luar negara mempunyai hak automatik menjadi rakyat Malaysia.
Bagi kes kedua, Mahisha Sulaiha Abdul Majeed, yang dilahirkan di India oleh ibu warganegara Malaysia dan bapanya rakyat India, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos 2020 yang menolak samannya bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa dia berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan dalam kes pertama berhujah bahawa anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing tidak boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata satu-satunya cara untuk mereka mendapatkan kewarganegaraan adalah dengan memohon kepada JPN untuk didaftarkan sebagai warganegara Malaysia seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi telah menulis semula Perlembagaan Persekutuan berhubung pemberian kewarganegaraan kepada kanak-kanak itu.
Katanya penggunaan perkataan 'bapa' dalam seksyen 1(b) dan 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan adalah disengajakan dan tidak menyatakan 'ibu', sambil menambah bahawa peruntukan tersebut tidak bersifat diskriminasi.
Seksyen itu menyatakan bahawa sesiapa yang dilahirkan di luar negara yang bapanya merupakan rakyat Malaysia, dianggap sebagai warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.
Dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir untuk membenarkan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang, beliau telah memutuskan bahawa perkataan 'bapa' dalam seksyen 1(b) mestilah dibaca termasuk ibu.
Beliau juga memutuskan Perkara 14(1)(b) bersama Seksyen 1(b) Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca selaras dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi berasaskan jantina.
Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Family Frontiers dan enam wanita itu, berhujah bahawa tafsiran peruntukan kewarganegaraan tidak boleh mendiskriminasi seseorang yang dilahirkan di luar negara semata-mata kerana dia dilahirkan oleh ibu rakyat Malaysia dan bukan kepada bapa warganegara Malaysia.
Beliau berkata berdasarkan amalan dan tafsiran undang-undang, anak yang lahir di luar negara yang bapanya adalah rakyat Malaysia dan berkahwin dengan wanita warga asing berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia secara automatik tetapi anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu rakyat Malaysia yang berkahwin dengan suami warga asing tidak berhak mendapat kewarganegaraan secara automatik.
Gurdial Singh berhujah tafsiran undang-undang dan prosedur serta amalan yang diterima pakai adalah bersifat diskriminasi dan melanggar hak perlembagaan anak guamnya di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam saman itu, antara lain ibu-ibu itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk JPN, Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Mahkamah juga mendengar hujah oleh peguam Datuk Dr Cyrus Das yang mewakili Mahisha dan Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi mewakili ketua pengarah JPN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Hakim menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili pihak masing-masing dalam dua kes kewarganegaraan selesai mengemukakan hujahan. - Gambar hiasan/ Bernama
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
22 Jun keputusan rayuan kerajaan mengenai kewarganegaraan anak lahir luar negara
Hakim menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili pihak masing-masing dalam dua kes kewarganegaraan selesai mengemukakan hujahan.