GUA MUSANG: Kurang tiga hari bermula sesi persekolahan 2023 yang baharu, 200 murid dan pelajar prasekolah, sekolah rendah dan menengah tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat gunting rambut percuma di Masjid Razaleigh, Bandar Lama, di sini semalam.
Mereka yang berumur lima hingga 17 tahun berkenaan menikmati perkhidmatan yang mendukung Konsep Payung Rahmah saranan kerajaan, juga merupakan kerjasama antara pihak masjid dan kedai gunting rambut Brojaa Barber Shop bermula 8 pagi hingga 3 petang.
Imam Tua Masjid Razaleigh Othman Saufi berkata misi utama program tersebut untuk membantu ibu bapa meringankan bebanan kewangan bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan yang baharu Ahad nanti.
"Ini merupakan julung kali program seperti ini diadakan sebagai inisiatif bagi membantu ibu bapa terutama mereka mempunyai anak ramai, dan bertujuan merapatkan silaturahim antara pengurusan masjid dan masyarakat setempat serta menjadikan pusat ibadat ini sebagai pusat khidmat sosial.
"Kebiasaannya, kos untuk gunting rambut kanak-kanak dan remaja di kedai adalah RM7 ke atas, tetapi mereka diberikan perkhidmatan percuma melalui program ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Tengku Razaleigh di sini.
Menurut beliau, selain menggunting rambut percuma pihak masjid turut mengadakan Program Khatan secara percuma kepada lebih 100 kanak-kanak sebagai sumbangan kebajikan baru-baru ini.
Pemilik kedai gunting rambut Wan Mohamad Faizal Wan Mat @ Wan Nawi, 30, berkata lima kakitangan ditugaskan bagi memastikan proses menunggu giliran setelah mendaftar tidak memakan masa lama.
"Tempoh menggunting bagi setiap peserta tidak lebih daripada 10 minit, dan sebanyak lima kaunter dibuka untuk melancarkan proses peserta menunggu dan menggunting rambut mengikut pilihan mereka sendiri," katanya.
Sementara itu, bapa peserta Wan Muhammad Muzaffar Wan Azmi, 36, turut tidak melepaskan peluang membawa dua anaknya berusia enam dan lapan tahun mendapatkan khidmat gunting rambut secara percuma tersebut.
"Terima kasih kepada pihak masjid yang memahami bebanan ibu bapa terutamanya mempunyai anak ramai. Program seperti ini sangat membantu kami ibu bapa B40 yang rata-ratanya berpendapatan rendah serta berdepan kos hidup tinggi ketika ini.
"Mujurlah ada khidmat gunting percuma kerana dapat membantu ringankan beban kami yang sebelum ini telah membelanjakan wang untuk pakaian sekolah dan buku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Misi utama program tersebut untuk membantu ibu bapa meringankan bebanan kewangan bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan. - Gambar/ Masjid Razaleigh Bandar Gua Musang

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

200 pelajar nikmati perkhidmatan gunting rambut 'Rahmah'
200 murid dan pelajar prasekolah, sekolah rendah dan menengah tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat gunting rambut percuma di Masjid Razaleigh, Gua Musang.