KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 Pejabat Pengeluar Pasport selain daripada Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu bermula Jumaat ini sebagai antara usaha mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, mesin pencetak pasport di pejabat yang sesak dan mempunyai kadar pengunjung tinggi juga akan ditambah.
Selain itu, katanya pejabat pasport Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) akan turut beroperasi sebagai Pejabat Pengeluar Pasport bagi kes segera dan kecemasan selain daripada permohonan biasa.
"Langkah awal lain yang turut diambil adalah penambahbaikan sistem temu janji dalam talian yang akan diberi tarikh dan masa berserta nombor giliran," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi beliau di sini malam ini.
Menurut Saifuddin Nasution semua langkah awal bagi mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen itu diputuskan pada mesyuarat khas petang tadi.
Mengenai isu kesesakan melibatkan pelawat asing di KLIA, Saifuddin Nasution berkata ia berpunca daripada ketibaan kira-kira 20 hingga 26 pesawat secara serentak dalam jarak masa antara lima hingga 10 minit ketika waktu puncak.
Katanya pemeriksaan berdasarkan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan pelancong asing tulen yang memenuhi syarat Pas Lawatan Sosial sahaja dibenarkan masuk, juga antara faktor kesesakan itu berlaku.
Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata kerajaan akan mengkaji perluasan penggunaan pagar automatik (autogate) kepada pelawat dari 10 negara berisiko rendah selain mewujudkan dua kumpulan 'Quick Response Team' (QRT) yang mula beroperasi 1 Feb bagi membantu pegawai di kaunter semasa waktu puncak.
"Saya menghargai peranan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang memberikan komitmen dalam tugasan ini dan saya mengalu-alukan cadangan serta pandangan masyarakat bagi mencari jalan keluar agar isu ini tidak dibiarkan berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Saifuddin Nasution berkata selain itu, mesin pencetak pasport di pejabat yang sesak dan mempunyai kadar pengunjung tinggi juga akan ditambah. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

20 pejabat pengeluar pasport beroperasi setiap hari mulai Jumaat
Sebanyak 20 Pejabat Pengeluar Pasport selain daripada Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu bermula Jumaat ini.