Kira-kira 20 daripada 50,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jumlah NGO yang disiasat berhubung perkara itu mungkin bertambah pada masa hadapan memandangkan polis tidak merancang untuk menghentikan skop penyiasatan sehingga kini.
"Siasatan perlu dilakukan untuk memastikan NGO-NGO ini tidak menjadi muka depan kepada pihak tertentu yang berniat menggugat demokrasi negara, kerana banyak negara di Barat dan juga mungkin di Asia telah digulingkan melalui cara NGO digunakan oleh pihak luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pencarian Ikon Muslimah Johor 2016 di sini pada Jumaat.
Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana yang diterima daripada Open Society Foundation (OSF).
Menurut laporan berita, OSF yang dipengerusikan George Soros itu, bukan sahaja menyalurkan dana kepada Bersih tetapi dipercayai turut membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya dan disyaki bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.
Nur Jazlan berkata biarpun perkara mengenai wang atau dana asing yang masuk ke dalam negara adalah di bawah tanggungjawab Bank Negara, namun polis perlu memastikan bahawa dana itu tidak digunakan bagi tujuan menggugat kestabilan dan demokrasi negara.
Malah, semalam, tambahnya, beliau menghadiri satu forum bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan di Kuala Lumpur bagi membincangkan cara-cara terbaik untuk mengawal selia dana yang diterima daripada pihak tempatan dan antarabangsa.
Berhubung dakwaan kononnya terdapat NGO ditindas oleh polis dalam soal melakukan penyiasatan itu, Nur Jazlan berkata isu itu tidak timbul sama sekali.
"Kalau ada penindasan, kita siasat semua mereka tetapi ini kita hanya siasat NGO yang menerima dana tersebut dan menggunakannya untuk aktiviti selain daripada yang termaktub dalam perlembagaan mereka," katanya
Berhubung gesaan supaya kerajaan menutup pusat-pusat pemulihan dadah berikutan kadar penahanan penagih berulang masih tinggi, beliau berkata desakan itu tidak adil.
Ini memandangkan kebanyakan penagih yang dirawat di situ merupakan mereka yang mempunyai tahap ketagihan yang tinggi berbanding penagih yang mendapatkan rawatan di pusat-pusat sukarela.
"Apabila ketagihan berbeza, bermakna kaedah untuk merawatnya juga berlainan," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 17 2016
![20 NGO disiasat berhubung penerimaan dana asing - Nur Jazlan 20 NGO disiasat berhubung penerimaan dana asing - Nur Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452382723_NurJazlanMohamed.jpg)
Menurut Nur Jazlan, jumlah NGO yang disiasat berhubung perkara itu mungkin bertambah pada masa hadapan memandangkan polis tidak merancang untuk menghentikan skop penyiasatan sehingga kini. - Gambar fail
![Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs
Tindakan sesetengah ahli politik yang sesuka hati menggunakan nama penjawat awam dalam pertikaian politik adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
AWANI Tonight: 25th July 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Policeman to be charged with Farah Kartini's murder tomorrow
2. Maternal health: What's behind the rise of low birth weight babies?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Policeman to be charged with Farah Kartini's murder tomorrow
2. Maternal health: What's behind the rise of low birth weight babies?
#AWANIEnglish #AWANINews
![Harga minyak menurun kerana harapan gencatan senjata di Asia Barat meningkat, permintaan China melemah Harga minyak menurun kerana harapan gencatan senjata di Asia Barat meningkat, permintaan China melemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680504146_OilRig.jpg)
Harga minyak menurun kerana harapan gencatan senjata di Asia Barat meningkat, permintaan China melemah
Tinjauan permintaan yang positif di AS, yang disokong oleh data inventori yang menyokong dari EIA, mengurangkan penurunan selanjutnya.
![Keris Tok Chu, Sampir Kuseriwa diisytihar warisan Kelantan Keris Tok Chu, Sampir Kuseriwa diisytihar warisan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721917085_TBKerisWarisan.jpg)
Keris Tok Chu, Sampir Kuseriwa diisytihar warisan Kelantan
Festival yang bermula pada 14 Julai itu telah menarik kedatangan lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Kelantan.
AWANI Tonight: Reducing the risk of stillbirth
Astro AWANI's Saraya Mia speaks with Obstetrics and Gynaecologist Dr Imelda Balchin to explore the reason behind the rise in low birth weight babies in the country, and the role of medical interventions in reducing stillbirth.
AWANI Tonight: Cop to be charged with Farah Kartini’s murder tomorrow
The policeman detained in connection with the murder of Nur Farah Kartini Abdullah will be charged under Section 302 of the Penal Code at the Kuala Kubu BHaru Magistrate Court on Friday.
![KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692090070_IJN.jpg)
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.
![Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi - Laporan Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704453707_TBSingapuraCuaca.jpg)
Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi - Laporan
Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi walaupun tiada petunjuk serangan akan berlaku dalam masa terdekat, menurut satu laporan rasmi pada Khamis, lapor Xinhua.
![Lebih AS$100 bilion dagangan untuk Malaysia di bawah BRI Lebih AS$100 bilion dagangan untuk Malaysia di bawah BRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721917539_TBLinShiguang.jpg)
Lebih AS$100 bilion dagangan untuk Malaysia di bawah BRI
China dan Malaysia adalah rakan kongsi kukuh dalam kerjasama menang-menang kerana kedua-dua negara menikmati kepercayaan politik yang mendalam.
AWANI 7:45 [25/07/2024] - Capai lebih sasaran | Kerugian sukar diganti | Lebih 90 peratus ada air
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
- Lebih 142,000 ribu bankrap diselamatkan.
- Jenayah alam, susahkan negara, menyusahkan rakyat.
- Berbaki kurang 10 peratus tiada bekalan air
- Skuad memanah negara mahu cipta sejarah Sukan Olimpik.
- Lebih 142,000 ribu bankrap diselamatkan.
- Jenayah alam, susahkan negara, menyusahkan rakyat.
- Berbaki kurang 10 peratus tiada bekalan air
- Skuad memanah negara mahu cipta sejarah Sukan Olimpik.
![Pengasas rumah anak yatim kongsi pengalaman awal, buntu diarah pindah segera Pengasas rumah anak yatim kongsi pengalaman awal, buntu diarah pindah segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721560486_IbuMaryam.jpg)
Pengasas rumah anak yatim kongsi pengalaman awal, buntu diarah pindah segera
Berbekalkan pengalaman bergelar sukarelawan di sebuah rumah anak anak yatim di Banting, Mariamah Miskan akhirnya mengambil langkah berani menubuhkan rumah penjagaan anak-anak yatim.
![Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720692942_TBMahkamahTinggi.jpg)
Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO
Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tujuh nelayan bersama dua NGO bagi menghentikan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI).
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
![Jangan anggap pejuang hak komuniti Bajau laut sebagai musuh - Pensyarah Jangan anggap pejuang hak komuniti Bajau laut sebagai musuh - Pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719896312_BajauLaut.jpg)
Jangan anggap pejuang hak komuniti Bajau laut sebagai musuh - Pensyarah
Kerajaan perlu memanfaatkan peluang dengan menambah baik usaha yang digerakkan oleh NGO di negara ini.
![Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717346440_TBNONA.jpg)
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
![CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713430075_Mohideenjpg.jpg)
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
![Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713104092_TBaidilfitri.jpg)
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
![Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61711986859_datukmohdalamin.jpg)
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
![Isu Ratu Naga: Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM - Azam Baki Isu Ratu Naga: Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708589491_AzamBaki.jpg)
Isu Ratu Naga: Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM - Azam Baki
SPRM tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri yang diterima daripada NGO.
![Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708346010_AbdulRazakAbdulRa.jpg)
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh Anwar di Dataran Memorial Kemerdekaan, Banda Hilir malam esok.