KUALA LUMPUR: Seramai 20 lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti wanita ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) menerusi serbuan Op Bersepadu di sebuah pusat hiburan di ibu negara, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata bagaimanapun, kesemua mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 34 tahun itu dilepaskan dengan bon jaminan setelah siasatan selesai.
Beliau berkata 20 lelaki yang ditahan itu merupakan warga tempatan dan disiasat mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
"Selain itu, operasi yang dijalankan bersama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu turut menahan dua lelaki berusia 27 dan 29 tahun kerana positif dadah jenis tetrahydrocannabinol.
"Dua lelaki berkenaan direman hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada Bernama hari ini.
Noor Dellhan berkata dalam operasi yang dijalankan pada 10 malam itu, seramai 62 pengunjung premis berkenaan diperiksa iaitu melibatkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 19 hingga 57 tahun.
"Polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti kelab yang tidak mematuhi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 34 tahun itu dilepaskan dengan bon jaminan setelah siasatan selesai.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
20 lelaki berpakaian wanita ditahan di premis hiburan
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 34 tahun itu dilepaskan dengan bon jaminan setelah siasatan selesai.
Enam mak nyah terlibat aktiviti maksiat, dadah dicekup
Enam lelaki berpakaian wanita dicekup dalam operasi bersepadu di sekitar Pandan Indah di sini pada Sabtu.
Dua lelaki berpakaian wanita di Laman Mahkota Istana Bukit Serene ditahan
Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ketamin dan mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mati dicampak dari tingkat tiga kondominium
Penghuni kondominium memberitahu, mereka terdengar bunyi bising pertengkaran sekitar jam 6 pagi, dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden itu.
Lelaki berpakaian wanita: Mahkamah Persekutuan ketepi keputusan Mahkamah Rayuan
Perkembangan itu bermakna semakan kehakiman yang difailkan tiga orang jurusolek pengantin di Mahkamah Tinggi Seremban adalah tidak mengikut prosedur.
Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis, kata Tun Abdul Hamid
Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara.
Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.
Lelaki transgender boleh berpakaian wanita, kata Mahkamah Rayuan
Lelaki transgender kini boleh berpakaian wanita berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.