ALOR SETAR: Mahkamah Majistret, Alor Setar hari ini menjatuhkan hukuman denda antara RM1,500 hingga RM4,000 terhadap 20 individu termasuk lima wanita selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bermain judi 'belangkas' di tempat awam, dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Titi Akar, Pendang, minggu lalu.
Kesemua tertuduh berusia antara 18 hingga 78 tahun, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.
Mengikut pertuduhan kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di bawah seksyen Seksyen 34 Kanun Keseksaan di sebuah Ladang Kelapa Sawit di Titi Akar, Pendang, jam 7.15 petang, 14 Jun lalu.
Mereka adalah, Wone See Muah, 53; Thian Din Chok, 59; Ahmad Zuraidi Mohd Noor, 47; Bon Rit Bon Nan, 18; Ai Piang Fo Chirat, 42; Hanafi Hamid, 45; Ilyas Ayob, 44; Ishak Md. Daud, 66; Mustafa Kassim, 63 dan Sazali Osman, 66; Isa Ating, 78; Khamron Tong Kiw, 43; Mohd. Nasrol Sulaiman, 50; Hoay Seng Chai, 68; Azlan Aziz, 49; Nang Kan Yap Chuan, 60; Malai Dang, 45; Marjuri Nukian, 38; Chem See Wan, 37 dan Meu Siew, 66.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien.
Tertuduh, Thian Din Chok diwakili peguam, Bun Liang.
Manakala tertuduh lain diwakili empat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd Noor, Ummi Kalthum Zakaria, Siti Hajar Abdullah dan Zuriyah Mhd Nordin.
Terdahulu dalam sesi rayuan, pihak pembelaan memohon supaya kesemua tertuduh dikenakan hukuman denda minimum bersandarkan kepada pelbagai faktor antaranya ekonomi serta kesihatan individu terbabit memandangkan kebanyakan mereka sudah berusia.
Malah, tertuduh yang beragama Islam juga didakwa sudah bertaubat dan kesemua mereka berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
Nasruna Anhar bagaimanapun memohon supaya kesemua tertuduh dikenakan hukuman setimpal bersandarkan kepada kepentingan awam.
Mahkamah kemudian memutuskan supaya tertuduh pertama Wone See Muah didenda RM4,000 serta dipenjara enam bulan jika gagal melunaskan denda berkenaan, memandangkan dia memiliki rekod lampau berkaitan kes di bawah seksyen sama.
Bagi sembilan tertuduh lain iaitu Din Chok, Ishak, Mustafa, Sazali, Isa, Seng Chai, Yap Chuan dan Meu Siew yang berusia 60 tahun ke atas serta Bon Rit yang baru berusia 18 tahun, mahkamah mengambil kira faktor usia mereka sebelum menetapkan hukuman denda RM1,500 serta tiga bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda.
Selain itu, 10 lagi tertuduh didenda sebanyak RM2,000 masing-masing dan penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda.
Kesemua tertuduh kemudian membayar denda ditetapkan itu.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 22 2023
Sebahagian daripada 20 individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan bermain judi 'belangkas' di tempat awam. - Foto Astro AWANI
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
20 individu termasuk wanita didenda selepas mengaku salah main judi belangkas
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda antara RM1,500 hingga RM4,000 terhadap 20 individu termasuk lima wanita selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bermain judi 'belangkas'.
Kedai makan dijadikan kasino, polis tahan lapan lelaki
Kesemua lelaki itu yang sedang leka bermain judi lari bertempiaran ketika diserbu.
10 peniaga ditahan ketika leka bermain judi belangkas
Ketika serbuan, semua lelaki berusia 37 hingga 66 tahun itu sedang berkumpul dan mengelilingi sebuah meja.
Tujuh leka main judi belangkas ditahan dalam ladang sawit
Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.