ALOR SETAR: Polis menahan 10 peniaga yang sedang leka bermain judi belangkas di dalam sebuah pasar besar di Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah Datuk G.Suresh Kumar berkata, tangkapan pada 2.30 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menerusi Op Khas JSJ, Op Aidilfitri dan Op Dadu.
"Ketika serbuan, semua lelaki berusia 37 hingga 66 tahun itu sedang berkumpul dan mengelilingi sebuah meja batu serta disyaki sedang bermain judi jenis belangkas.
"Hasil siasatan awal mendapati kesemuanya yang merupakan peniaga di pasar berkenaan telah mula bermain judi belangkas selepas perayaan Aidilfitri lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelbagai barang yang digunakan untuk bermain judi berkenaan termasuk pinggan, bungkusan plastik berisi beras, buah dadu bergambar dan wang tunai berjumlah RM620 turut dirampas.
Katanya mereka dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk siasatan mengikut Seksyen 6(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk siasatan mengikut Seksyen 6(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Kerajaan Negeri diminta pelihara kubu perang di Kelantan
Kerajaan Kelantan dan pihak berkaitan diminta memelihara khazanah sejarah kubu perang tinggalan British di tepi tebing Sungai Kelantan.
91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.
Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Kerajaan digesa pergiat usaha risikan naungan politik yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian.
SPRM sahkan buka kertas siasatan aduan dana judi
SPRM membuka kertas siasatan melibatkan satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).