KUANTAN: Dua maut manakala enam cedera ringan dalam kemalangan melibatkan empat kereta di KM 59 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan seorang penumpang kereta Perodua Aruz, Nur Alya Fakhira Ariffen, 18, dan pemandu kereta Honda City, Mohd Said Husen meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Toyota Hilux dari Kuantan menghala ke Segamat terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bergesel dengan Perodua Aruz tersebut.
"Susulan itu, Perodua Aruz itu dipercayai terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Nissan Almera dan Honda City yang mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu rosak teruk di bahagian depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemandu Perodua Aruz dan Nissan Almera serta empat penumpang dua kenderaan itu hanya cedera ringan manakala pemandu dan penumpang Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakan lanjut dan kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
![2 maut, 6 cedera dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat 2 maut, 6 cedera dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41635958314_PekanKemalangan.jpg)
Kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan seorang penumpang kereta Perodua Aruz dan pemandu kereta Honda City meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ibu maut kereta dipandu anak kemalangan dengan lori, treler Ibu maut kereta dipandu anak kemalangan dengan lori, treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722990010_kemalanganmautke.jpg)
Ibu maut kereta dipandu anak kemalangan dengan lori, treler
Ketika kejadian, kereta Proton Iswara dinaiki dua beranak itu dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Kampung Raja Songsang.
![Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722916684_TBMaut.jpg)
Polis buka dua kertas siasatan pemandu treler rempuh rumah
Polis membuka dua kertas siasatan terhadap pemandu treler yang merempuh sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan.
![Wanita maut, anak parah dalam kemalangan di Pasir Puteh Wanita maut, anak parah dalam kemalangan di Pasir Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721635753_ibuanakcederak.jpg)
Wanita maut, anak parah dalam kemalangan di Pasir Puteh
Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera parah selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah SUV di Jalan Machang, Pasir Puteh pagi tadi.
![Pemuda maut tersepit kereta terbalik, tiga rakan cedera Pemuda maut tersepit kereta terbalik, tiga rakan cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720928809_terbabas.jpg)
Pemuda maut tersepit kereta terbalik, tiga rakan cedera
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Forest City, Gelang Patah di sini pada Sabtu malam.
![Tongkat motosikal punca wanita maut rempuh tembok batu Tongkat motosikal punca wanita maut rempuh tembok batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Tongkat motosikal punca wanita maut rempuh tembok batu
Dalam kejadian pagi Sabtu itu, kemalangan dipercayai berpunca daripada tongkat motosikal yang bergesel dengan batu pengadang jalan.
![Penunggang motosikal kuasa tinggi maut terbabas Penunggang motosikal kuasa tinggi maut terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720867876_Penunggangmotosikal.jpg)
Penunggang motosikal kuasa tinggi maut terbabas
Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Kampung Rahmat, Rantau Panjang pada Jumaat.
![Suami isteri antara tiga maut, kemalangan dua kenderaan Suami isteri antara tiga maut, kemalangan dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720747786_kemalangan.jpg)
Suami isteri antara tiga maut, kemalangan dua kenderaan
Proton Wira dipandu Muhammad Iqwan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Navara.
![Hukuman berat bagi penternak biar haiwan berkeliaran sebabkan kemalangan maut dicadangkan Hukuman berat bagi penternak biar haiwan berkeliaran sebabkan kemalangan maut dicadangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653608411_AmaranLembu.jpg)
Hukuman berat bagi penternak biar haiwan berkeliaran sebabkan kemalangan maut dicadangkan
Di bawah enakmen tersebut, mesti mewajibkan kesemua penternak haiwan menandakan lembu dan kerbau masing-masing.
![Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720080632_kemalangansabit.jpg)
Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit
Seorang lelaki maut selepas tertusuk sabit pemotong sawit dalam kemalangan motosikal di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, petang semalam.
![Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719907772_terbabas.jpg)
Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda
Dua maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar Kluang, di sini pada kira-kira jam 3 pagi, Selasa.