LANGKAWI: Faktor kemiskinan dikatakan bukan punca dua kanak-kanak warga Mynmar yang maut semalam, memakan sisa makanan daripada tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut di sini.
Peniaga kedai makan berhampiran kawasan itu, yang mahu dikenali sebagai Paksu Kassim, mendakwa kedua-dua kanak-kanak itu tidak menghadapi masalah mendapatkan makanan.
"Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang memperbaiki bot.. dia juga tangkap ketam... kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran-jiran untuk jaga.
"Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan... tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.
"Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai... kadang saya kuih-kuih, roti canai. Orang lain pun ada bagi makan... sampai budak tu pun tak larat makan. Mereka cukup makan badan pun sihat," dakwanya ketika ditemui Astro AWANI di kawasan itu hari ini.
BACA: Dua kanak-kanak maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah
Media sebelum ini melaporkan, dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di kampung berkenaan semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, kira-kira 6.15 petang.
"Siasatan awal mendapati, pada 5.30 petang bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan," katanya.
Sementara itu, hari ini, Shariman dilapor berkata, lelaki terbabit ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
Salim Aziz
Mon Feb 14 2022
Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di kampung berkenaan semalam. - Gambar/ Astro AWANI
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
2 kanak-kanak maut makan sisa tong sampah: 'Mereka cukup makan' - Penduduk
Paksu Kassim mendakwa kedua-dua kanak-kanak itu tidak menghadapi masalah mendapatkan makanan.
Bapa 2 kanak-kanak maut makan sisa makanan tong sampah direman
Bapa kepada dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi, semalam ditahan reman selama 14 hari.