Kira-kira 2,000 jemaah hari ini menunaikan solat jenazah Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah Palestin yang maut ditembak dua lelaki bermotosikal di Setapak pada Sabtu lepas.
Jenazah Allahyarham, yang dibawa ke surau Surau Medan Idaman, Setapak di sini pada 1.10 petang dari Unit Forensik Hospital Selayang, disambut serta diusung kenalan terdekat sebelum disembahyangkan selepas solat Zohor pada 1.30 tengah hari.
Solat jenazah itu diimamkan oleh pegawai daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada 2.15 petang, jenazah Allahyarham Fadi diusung keluar dari surau itu oleh beberapa anggota keluarganya sambil orang ramai berebut-rebut menyentuh keranda sebagai tanda penghormatan terakhir sebelum dibawa masuk ke dalam van jenazah.
Jenazah beliau kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk dibawa pulang ke negara kelahirannya di Gaza, Palestin.
Duta Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha berkata jenazah Allahyarham Fadi akan diterbangkan ke Kaherah, Mesir dengan pesawat Saudi Airlines pada 7 petang ini sebelum dibawa ke Gaza menggunakan jalan darat.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Enas Al Batsh, 31 dan dua anak perempuan iaitu Doaa, 6, dan Aseel, 4 serta seorang anak lelaki Mohamad yang berusia setahun.
Allahyarham Fadi, 35, pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti swasta, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk solat Subuh kira-kira 6 pagi.
Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu beliau sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 25 2018

Jenazah Dr Fadi Mohammed Al Batsh diusung oleh beberapa anggota keluarga sambil orang ramai berebut-rebut menyentuh keranda sebagai tanda penghormatan terakhir sebelum dibawa masuk ke dalam van jenazah. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

2,000 hadiri solat jenazah Dr Fadi di Setapak
Jenazah Allahyarham, yang dibawa ke Surau Medan Idaman, Setapak di sini pada 1.10 petang, disambut serta diusung kenalan terdekat sebelum disembahyangkan selepas solat Zohor pada 1.30 tengah hari.

Isteri Dr Fadi akan pulang ke Palestin buat selama-lamanya
Enas Al Batsh berkata dia akan memenuhi hasrat suaminya untuk meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).

Jenazah pensyarah Palestin dibawa pulang ke negara asal hari ini - UniKL
Jenazah Dr Fadi Mohammed Al Batsh, pensyarah dan imam warga Palestin yang ditembak mati ketika menuju ke surau di Setapak pada Sabtu lepas, akan dibawa pulang ke negara asalnya hari ini.