Berikutan insiden pembunuhan pensyarah dan imam warga Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang menggemparkan pada Sabtu lepas, isteri Allahyarham berkata beliau dan tiga anaknya akan kembali ke tanah air mereka di Palestin untuk selama-lamanya.
Namun Enas Al Batsh, 31 tahun, berkata beliau akan memenuhi hasrat arwah suaminya supaya beliau meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).
Beliau menyifatkan Allahyarham suaminya, yang ditembak mati ketika berjalan menuju ke surau dekat kondominium mereka di Setapak untuk mengimamkan solat Subuh, sebagai seorang yang mengutamakan pendidikan.
"Saya masih ingat suami saya berkata, anda telah bersabar menunggu saya menamatkan pengajian PhD, dan saya akan menunggu anda meneruskan pengajian PhD. Beliau bersungguh-sungguh meminta saya menamatkan pengajian," katanya kepada media di sini pada Selasa dalam temubual pertamanya susulan insiden pembunuhan itu yang menggemparkan rakyat Malaysia.
BACA: Imam Palestin mati ditembak
Bercakap menerusi penterjemah, Enas yang berasa amat sedih atas pemergian suaminya, berkata beliau telah mendaftar untuk mengikuti program PhD di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan akan meneruskan pengajian secara dalam talian.
Enas juga menghargai kesanggupan Allahyarham Fadi yang berkorban demi pendidikan anak-anak mereka.
Enas yang mengenakan jubah berwarna biru ketika sesi bersama media, ditemani anak lelakinya berusia satu tahun, Mohammed dan adik iparnya, Ramy Al Batsh, 28 tahun, yang tiba di Malaysia dari Jerman.
Dengan tutur kata yang sebak, Enas berkata beliau telah menetap di Malaysia sejak tujuh tahun lepas.
Beliau berkata keluarganya sudah merancang untuk bercuti di Malaysia sebelum arwah suaminya ditembak mati.
BACA: KPN sahkan penemuan motosikal suspek kes tembak Dr Fadi
BACA: Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi
Beliau menyifatkan Allahyarham Fadi, 35 tahun, sebagai suami yang baik dan penyayang dengan sikap yang positif.
Jenazah Allahyarham dijangka diterbangkan ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL kira-kira 7 malam esok sebelum dibawa ke Gaza melalui jalan darat.
BACA: Jenazah Dr Fadi akan dibawa pulang ke Gaza - Duta Palestin
Sementara itu, Ramy menyifatkan Allahyarham abangnya sebagai seorang yang luar biasa dan baik hati, dan menjadi guru kepada orang di sekeliling.
Dalam pada itu, Ramy mengecam mereka yang membunuh abang tersayangnya yang merupakan bapa kepada dua anak perempuan - Doaa, 6 tahun, dan Aseel, 4 tahun.
"Pelaku insiden itu harus dibawa ke pengadilan dan dikenakan hukuman yang paling berat," katanya.
Beliau berkata Allahyarham Fadi yang menghafal al-Quran, adalah seorang insan biasa dan disukai ramai termasuk mereka yang bukan Islam.
"Tidak dapat dibayangkan bahawa arwah boleh mencederakan orang lain yang menyebabkan beliau dibunuh, " katanya.
Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa abangnya itu ialah pakar pembuat roket.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 24 2018
![Isteri Dr Fadi akan pulang ke Palestin buat selama-lamanya Isteri Dr Fadi akan pulang ke Palestin buat selama-lamanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524384723_FadialBatash.jpg)
Dr Fadi disifatkan sebagai suami yang baik dan penyayang dengan sikap yang positif.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![65 kanggaru mati di Australia, siasatan dijalankan 65 kanggaru mati di Australia, siasatan dijalankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720702488_kangaroo.jpg)
65 kanggaru mati di Australia, siasatan dijalankan
Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 65 kanggaru yang ditemukan mati sama ada ditembak atau dilanggar kenderaan, mencetuskan usaha mencari pihak yang bertanggungjawab.
![Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715910725_tembakbalaipolis.jpg)
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
![Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715731540_chase.jpg)
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.
![Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713329483_SalmanKhan.jpg)
Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan
Aktor Bollywood Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April.
![Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708895878_MautDitetaak.jpg)
Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak
Pemandu lori berusia 27 tahun dipercayai dibunuh oleh dua lelaki bersenjata parang dan sabit.
![Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang
Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor.
![Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/61436426113_GUNSHOT.jpg)
Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan
Sembilan orang maut ditembak manakala lapan lagi cedera dalam satu kejadian di Rustenburg, Afrika Selatan pada Sabtu.
![Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694965783_TBbengkelmaut.jpg)
Pemilik bengkel kereta maut ditembak di Machang
Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin.
![Pelancong guna jet ski ditembak mati di luar pantai Algeria Pelancong guna jet ski ditembak mati di luar pantai Algeria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621031055_jetski.jpg)
Pelancong guna jet ski ditembak mati di luar pantai Algeria
Insiden itu mencetuskan kemarahan di Maghribi selepas seorang nelayan menyiarkan rakaman mayat yang terapung di laut.
![Calon Presiden Ecuador maut ditembak Calon Presiden Ecuador maut ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691640647_shottodeath.jpg)
Calon Presiden Ecuador maut ditembak
Calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio maut selepas ditembak lelaki tidak dikenali, kurang dua minggu menjelang pilihan raya parlimen.