Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak pasti mengenai penglibatan Ketua Pengarah Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil semasa membuat pembentangan mengenai PetroSaudi Oil Services (PSOSL).
Ketua Peguam Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa sesi soal balas pada hari ke-33 perbicaraan dana 1MDB berkata, pembentangan yang bertarikh 30 Disember 2010 adalah hanya untuk memperkenalkan PSOSL.
"Pembentangan itu hanya untuk tujuan maklumat, untuk mengetahui rakan kongsi kami dengan lebih baik. Tidak ada perbincangan mengenai lembaga untuk melabur ke PSOSL," kata Shahrol.
Shafee kemudian merujuk dokumen sokongan Lembaga 1MDB mengenai pelantikan Nik Faisal sebagai ketua pegawai pelaburan 1MDB itu pada tahun 2010.
Shafee berkata Nik Faisal mempunyai pengalaman bekerja di UBG Bhd.
Shafee: UBG Bhd adalah syarikat Jho Low, jadi Nik Faisal juga merupakan pengambilan dari salah satu syarikat Jho Low?
Shahrol: Ya.
Shafee: Adakah Jho Low mencadangkan Nik Faisal kepada anda untuk temujanji?
Shahrol: Ia adalah September atau Oktober 2009, pada mulanya saya bertanya kepada Casey Tang, yang sudah berada di TIA ketika itu, sama ada dia boleh mengambil alih peranan CIO. Apabila dia berkata 'tidak', saya bertanya kepada Jho sama ada dia mempunyai nama untuk mencadangkan, dan nama Nik datang.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi diberitahu Jho Low, menyeleweng kesemua US$1.83 bilion dana 1MDB dalam tempoh tiga tahun, bermula 2009 hingga 2011.
Shahrol dilaporkan berkata, wang yang diseleweng Jho Low dalam bentuk perjanjian pembiayaan Murabaha berjumlah US$830 juta dan US$700 juta lagi semasa usaha sama yang gagal antara 1MDB and PetroSaudi International Ltd (PSI).
Shahrol yang juga saksi pendakwaan kesembilan itu sebelum ini turut menjelaskan, PSI hanya membuat pembayaran keuntungan pertama kepada 1MDB secara tunai, dan seterusnya langsung tidak membayar satu sen pun bagi tahun kedua dan tahun-tahun seterusnya.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Mahkamah kemudian berhenti seketika untuk perbicaraan 1MDB pada pukul 10.17 pagi untuk memberi laluan kepada keputusan kes SRC International Sdn Bhd.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 11 2019

Shahrol turut menjelaskan, PSI hanya membuat pembayaran keuntungan pertama kepada 1MDB secara tunai, dan seterusnya langsung tidak membayar satu sen pun bagi tahun kedua dan tahun-tahun seterusnya. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.