KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau 'tidak ingat' mengenai beberapa bahagian dalam pernyataan saksinya membabitkan pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwanya berkomunikasi terus dengan Pejabat Perdana Menteri bagi mengelak daripada disoal oleh Kementerian Kewangan.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, memberikan jawapan itu kepada beberapa soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memandangkan saksi berulang kali menjawab 'tidak ingat,' Wan Aizuddin bertanya sama ada kenyataan mengenai komunikasi terus di antara pegawai 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri itu merupakan kenyataan beliau sendiri dan saksi menjawab "ya."
Wan Aizuddin: Sekarang ini jika benar ia adalah kenyataan daripada Datuk sendiri, saya nak tanya bagaimana Datuk tahu pihak 1MDB berhubung terus dengan Pejabat Perdana Menteri?
Siti Zauyah: Saya tidak ingat.
Wan Aizuddin: Adakah Datuk diberitahu oleh seseorang atau pernah lihat sebarang dokumen mengenai komunikasi mereka? (1MDB dan Pejabat Perdana Menteri)
Siti Zauyah: Saya tidak ingat.
Wan Aizuddin: Saya cadangkan kenyataan yang Datuk buat mengenai perkara ini (komunikasi terus antara 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri) tidak berasas. Saya katakan Datuk tiada bukti untuk sokong kenyataan itu.
Siti Zauyah: Saya tidak ingat.
Kepada soalan Wan Aizuddin mengapa saksi tidak memaklumkan sendiri kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu mengenai masalah komunikasi terus antara 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri, Siti Zauyah berkata "Saya hanya melapor kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah."
Bagaimanapun, Siti Zauyah berkata beliau juga tidak ingat sekiranya pernah memberitahu Mohd Irwan mengenai masalah komunikasi terus itu.
Sementara itu, Siti Zauyah mengakui beliau berasa pelik apabila menerima arahan Mohd Irwan untuk menyegerakan pengeluaran memorandum daripada Kementerian Kewangan mengenai syarikat usaha sama yang ditubuhkan bagi tujuan khusus oleh 1MDB dan Aabar Investment PJS.
Dalam pernyataan saksinya, Siti Zauyah berkata dokumen mengenai syarikat usaha sama antara 1MDB dan Aabar itu diarah disediakan dengan pantas supaya ia boleh dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Feb 2013.
Katanya beliau juga berasa pelik kerana permintaan untuk menyegerakan pengeluaran sesuatu dokumen tidak pernah dilakukan di kementerian itu sebelum ini.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, memberikan jawapan itu kepada beberapa soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail/BERNAMA
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.