Pihak polis dari negara Thailand dan Malaysia akan mengadakan satu pertemuan pada minggu hadapan bagi membincangkan kes penangkapan bekas eksekutif Petrosaudi Xavier Justo di Thailand, baru baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pertemuan berkenaan berkemungkinan akan diwakili oleh Timbalan Ketua Polis Negara Thailand bersama Ketua Polis Negara.

Menurutnya, pertemuan itu akan diadakan di Malaysia di mana kedua dua wakil berkenaan akan membincangkan permintaan Malaysia untuk menemui Xavier bagi tujuan penyiasatan yang melibatkan syarikat 1MDB.

Xavier buat masa ini ditahan di Thailand bagi tujuan penyiasatan.